Saturday 16 January 2016

Tentera, polis Burkina Faso gempur hotel ditawan penyerang

OUAGADOUGOU: Pasukan keselamatan melancarkan serangan awal pagi ini di sebuah hotel dekat Burkina Faso untuk menyelamatkan mangsa yang ditahan penyerang yang dikaitkan dengan al-Qaeda, kata Duta Perancis ke Ouagadougou, Gilles Thibault di akaun Twitter.
"Serangan sudah bermula, pelbagai komponen angkatan tentera dan pasukan keselamatan sudah memulakan misi mereka," kata Thibault.
Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh setakat ini dalam insiden kepungan ke atas sebuah hotel yang sering dikunjungi kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan warga asing. - AFP
PEGAWAI polis dan pegawai keselamatan kelihatan bersiap sedia untuk bertindak di luar hotel dekat Burkina Faso. - Foto REUTERS

No comments:

Post a Comment