Wednesday 6 January 2016

Djibouti putus hubungan dengan Iran

KHAMIS, 7 JANUARI 2016 @ 12:43 AM

RIYADH: Djibouti memutuskan hubungan diplomatiknya dengan Iran semalam sebagai tanda sokongan kepada Arab Saudi, kata saluran berita Al-Arabiya, memetik sumber rasmi. Djibouti menjadi negara keempat selepas Arab Saudi, Sudan dan Bahrain memutuskan hubungannya dengan Iran selepas serangan ke atas misi diplomatik Arab Saudi di Tehran dan Mashhad. Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebahagiannya menurunkan tahap hubungannya dengan Iran sementara Kuwait memanggil wakilnya dari Tehran. Mesir turut melahirkan sokongannya terhadap Arab Saudi, mengutuk campur tangan berulang kali Iran dalam hal ehwal serantau. Di Amman, agensi berita tempatan Petra melaporkan Jordan memanggil duta Iran bagi mengutuk serangan itu dan "campur tangan Iran" dalam hal ehwal negara Arab. Jordan juga menolak kenyataan Iran yang dikatakannya mewakili "campur tangan hal ehwal dalaman Arab Saudi." Sementara itu, Oman mengutuk serangan ke atas pos diplomatik Arab Saudi di Iran sebagai "tidak boleh diterima" sementara Turki berkata pembunuhan ulama radikal Syiah, Sheikh Nimr al-Nimr, yang mencetuskan serangan oleh penunjuk perasaan Iran, adalah isu domestik. Di Doha, Kementerian Luar turut menyelar campur tangan Iran, walaupun ia tidak mengumumkan sebarang penurunan hubungan dengan Tehran. - Agensi  

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/111806

No comments:

Post a Comment