Sunday 24 January 2016

China, Iran ikrar hubungan ekonomi, politik

China, Iran ikrar hubungan ekonomi, politik

WARTAWAN SINAR HARIAN

TEHRAN – IRAN. China dan Iran telah berikrar untuk mengadakan hubungan ekonomi dan politik yang lebih erat, lapor BBC.
Perkara itu diumumkan selepas pertemuan kedua-dua Presidennya, Xi Jinping dan Hassan Rouhani di Tehran, semalam.
Xi Jinping merupakan Presiden China pertama yang melawat Tehran dalam tempoh kira-kira 14 tahun ini dan beliau juga antara pemimpin dunia pertama yang melawat Iran sejak isu sekatan antarabangsa ke atas negara itu ditarik balik.
Kedua-duanya menandatangani 17 perjanjian dari pelbagai isu melibatkan tenaga dan perdagangan sehingga AS$600 bilion.
Menurut Hassan, beliau dan Jinping menandatangani dokumen 25 tahun yang komprehensif bagi hubungan yang strategik.
Melalui laporan TV Iran, Hassan berkata, mereka turut membincangkan soal keganasan, ketidakstabilan Timur Tengah termasuk sains, teknologi moden, budaya, pelancongan, keselamatan dan isu pertahanan.
Jinping dilaporkan sudah bersedia untuk membuka lembaran baharu dengan Iran selepas sekatan antarabangsa ke atas negara itu ditarik balik.
Jinping juga dijadualkan bertemu pemimpin tertinggi Iran, Ali Khamenei dalam lawatan 24 jam itu.
Sekatan antarabangsa ke atas Iran yang dikuatkuasakan ke selama puluhan tahun ditarik balik minggu lalu selepas badan pemantau nuklear Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan Iran sudah melaksanakan semua langkah yang terkandung dalam perjanjian nuklear yang dicapainya, Julai lalu.
Pemansuhan sekatan itu bermakna Iran kini boleh menjual minyak di pasaran dunia dan asetnya yang bernilai berbilion dolar Amerika Syarikat tidak lagi dibekukan.

No comments:

Post a Comment