Saturday 16 January 2016

Lelaki bersenjata serang hotel di Burkina Faso

KELIHATAN penunggang motosikal melalui jalan berhampiran hotel empat bintang dimana kejadian serangan sekurang-kurangnya enam lelaki bersenjata di Ouagadougou, ibu negara Burkina Faso. - Foto REUTERS
OUAGADOUGOU (Burkina Faso): Sekurang-kurangnya enam lelaki bersenjata dilaporkan menyerang sebuah hotel empat bintang di Ouagadougou, ibu negara Burkina Faso dan membunuh beberapa orang di dalam restoran hotel berkenaan.
Kakitangan hotel yang berjaya dihubungi AFP berkata, Restoran Capuccino berkenaan bagaimanapun tidak dapat memberikan jumlah sebenar mereka yang terbunuh.
Seorang pegawai polis dikatakan ditembak selepas cuba memasuki Hotel Splendid dari kafe restoran yang berhadapan dengan hotel berkenaan.
Pihak keselamatan dilaporkan masih berbalas tembakan di tempat kejadian setakat ini.
Sebelum itu letupan dan tembakan kedengaran dari hotel berkenaan yang sering menjadi kunjungan pelawat dan pelancong barat. - AFP/CNN
GAMBAR fail diambil pada 24 September, 2012 bandar Burkina Faso Ouagadougou. Hari ini, sekurang-kurangnya enam penyerang bersenjata dilaporkan menyerang sebuah hotel empat bintang di Ouagadougou, ibu negara Burkina Faso dan membunuh beberapa orang di dalam restoran hotel berkenaan. - Foto REUTERS
API dan asap kelihatan dari Hotel Splendid di Ouagadougou, ibu negara Burkina Faso dengan penyerang bersenjata dilaporkan menawan beberapa tebusan. Pihak berkuasa dan sekurang-kurangnya enam lelaki bersenjata masih berbalas tembakan. - Foto REUTERS

No comments:

Post a Comment