Monday 18 January 2016

AS bayar hutang, faedah AS$1.7b kepada Iran

ISNIN, 18 JANUARI 2016 @ 10:30 AM
WASHINGTON: Amerika Syarikat akan membayar Iran hutang sebanyak AS$400 juta (RM1.7 bilion) dan faedah berjumlah AS$1.3 bilion (RM5.7 bilion) sejak revolusi Islam, kata Setiausaha Negara Amerika, John Kerry.
Pembayaran semula itu, yang menyelesaikan saman dikemukakan di tribunal perundangan antarabangsa, berasingan daripada puluhan bilion dolar dalam akaun luar dibekukan yang kini boleh diakses Iran selepas sekatan nuklear ditarik balik.
Namun tempoh pengumuman itu, sehari selepas pelaksanaan perjanjian nuklear Iran, akan dilihat sebagai petunjuk kepada laluan lebih lancar antara kedua-dua musuh lama itu.
Presiden Barack Obama mempertahankan pembayaran itu dalam kenyataan yang disiarkan menerusi televisyen dari Rumah Putih, berkata ia jauh lebih rendah daripada jumlah dituntut Iran.
"Bagi Amerika Syarikat, pembayaran itu menyelamatkan kos berbilion dolar yang dituntut Iran. Tiada faedah bagi Amerika memanjangkan perkara ini," katanya.
Kerry berkata, tuntutan itu dalam bentuk dana AS$400 juta (RM1.7 bilion) yang digunakan Iran untuk membeli peralatan tentera dari Amerika sebelum memutuskan hubungan diplomatik, selain faedah sebanyak AS$1.3 bilion (RM5.7 bilion). - Agensi


SETIAUSAHA Negara Amerika, John Kerry bercakap kepada wartawan mengenai rundingan dengan Iran sejurus tiba dari Vienna di Joint Base Andrews, Washington. - Foto AP

No comments:

Post a Comment