Portal al-Jazeera melaporkan, Menteri Hal Hubungan Media Bahrain, Isa al-Hamadi membuat pengumuman tersebut hari ini ketika ketegangan hubungan antara Arab Saudi dan Iran meningkat selepas serangan kumpulan perusuh ke atas kedutaan Arab Saudi di Teheran.
Bahrain sebelum ini sering menuduh Iran mendalangi protes-protes yang dianjurkan oleh penduduk fahaman Syiah di negara ini.
Dalam pada itu, Kementerian Luar Sudan berkata, kerajaan negara itu turut memutuskan semua hubungan diplomatik dengan Iran serta-merta.
“Keputusan itu dibuat ekoran serangan teruk ke atas kedutaan Arab Saudi di Teheran dan konsulat negara itu di Mashhad yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa,’’ kata kementerian itu dalam satu kenyataan.
Emeriyah Arab Bersatu (UAE) turut menurunkan status hubungan negara itu dengan Iran. - AFP/Agensi