Sunday 17 January 2016

Siapa Abdullah Bin Saba’?

Abdullah bin Saba’ adalah seorang Yahudi dari San’a, Yaman. Datang ke Madinah dimasa pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan radiallahu ‘anhu dengan berpura-pura sebagai seorang Islam. Dialah juga perancang terhadap pembunuhan Khalifah Uthman bin Affan.

Ramai para penulis dan para ulama Syi’ah mengakui adanya seorang lelaki utusan Yahudi ini (Abdullah bin Saba’). Antara para ulama Syi’ah yang membenarkan wujudnya Abdullah bin Saba’ ialah: Sa’ad bin Abdullah al-Qummi (Usul Mazahib as-Syi’ah al-Imamiyah al-Ithna Asyariyah. 1/74), An-Naubakhti (At-Thusi. Al-Fihris hlm. 75), Abdullah an-Nasyi’ al-Akbar (Masail Imamah. W 293), Abdullah al-Mamaqani (Tanqih al-Maqal W. 1351) Muhammad Husin al-Zain (Lihat: Asy-Syi’ah fit Tarikh. Hlm. 213) dan ramai lagi.

Fitnah Yang Dicetuskan Oleh Abdullah Bin Saba’

Abdullah bin Saba’ adalah seorang munafiq Yahudi. Beliau melahirkan keIslamannya dan menyembunyikan kekafirannya kerana bertujuan untuk mencetuskan berbagai-bagai makr (penipuan), talbis (perangkap), tadlis (pembohongan) dan fitnah demi untuk menghancurkan Islam dari dalam akidah dan syariatnya. Antara fitnah-fitnah dan di’ayah keji yang telah ditabur oleh Abdullah bin Saba’ ialah:

1 - Mendi’ayahkan bahawa Ali bin Abi Talib telah menerima wasiat sebagai Khalifah Rasulullah (Lihat: Firaq Asy-Syi’ah. Hlm. 44. An-Naubakhti).

2 - Mendakwakan bahawa: Ali bin Abi Talib pencipta segala makhluk dan pemberi rezeki. (Lihat: Tahzib at-Tarikh ad-Dimsyaki. Juz 7. hlm. 430)

3 - Mencipta pembohongan bahawa: Ali bin Abi Talib tidak mati, dia tetap hidup di awang-awangan. Petir adalah pekikan Ali ketika marah dan kilat adalah cemeti Ali. (Al-Faraq Baina al-Firaq. Hlm. 234. Al-Baghdadi)

4 - Menuduh bahawa: Abu Bakr As-Siddiq, Umar bin Khattab dan Uthman bin Affan adalah orang-orang zalim (kafir) kerana merampas hak khalifah Ali setelah wafatnya Rasulullah. Semua umat yang membai’at khalifah di ketika itu adalah kafir. (Firaq Asy-Syi’ah. Hlm. 44. An-Naubakhti)

5 - Para roh suci atau Roh al-Qudus berinkarnasi ke dalam diri para Imam Syi’ah. (Lihat: Al-Bad’u Wat-Tarikh. 5/129)


http://bahaya-syirik.blogspot.com/2007/08/hal-023-konspirasi-syiah-terhadap-ahli.html 

No comments:

Post a Comment