Saturday 16 January 2016

Serangan di Burkina Faso, militan al-Qaeda mengaku bertanggungjawab

DAKAR: Pemberontak al-Qaeda dari kumpulan Islamic Maghreb (AQIM) mengaku bertanggungjawab ke atas serangan di hotel empat bintang, di ibu negara Burkina Faso, lapor SITE Intelligence Group.
Disember lalu, anggota kanan kumpulan pemberontak ultra itu menggesa umat Islam di beberapa negara, termasuk Burkina Faso untuk melancarkan jihad.
AQIM bersama dua lagi kumpulan juga mengaku bertanggungjawab ke atas pembunuhan 20 orang dan menculik penduduk di ibu kota Mali November lalu.
Dalam serangan terbaharu itu, saksi dilaporkan mendengar bunyi tembakan dan letupan di sebuah hotel utama di Ouagadougou dan restoran berdekatan.
Beberapa orang dipercayai turut terbunuh dalam apa yang disifatkan Kedutaan Perancis sebagai serangan pengganas.
Kira-kira 10 kenderaan terbakar di jalan bertentangan hotel empat bintang dikenali Hotel Splendid dan restoran Cappuccino yang sering dikunjungi warga asing dan kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Ia terletak di kawasan sibuk di pusat pentadbiran Burkina Faso serta tidak jauh dari lapangan terbang antarabangsa.
Serangan berlaku kurang dua bulan selepas pengepungan tebusan di hotel mewah Radisson Blu Hotel di Bamako, ibu negara Mali pada November, yang mengorbankan 20 orang termasuk 14 warga asing. - REUTERS/AFP
KUMPULAN Pemberontak al-Qaeda dari kumpulan Islamic Maghreb (AQIM). - Gambar hiasan

No comments:

Post a Comment