Kejadian pertama berlaku di sebuah pusat beli-belah di sini apabila seorang lelaki meletupkan jaket berisi bahan letupan mengakibatkan 18 orang terbunuh dan 40 yang lain cedera.
Sumber keselamatan berkata, dua butir bom kemudian meletup di bandar Muqdaddiya di timur negara ini mengorbankan 23 penduduk dan mencederakan 51 yang lain, manakala satu lagi letupan berlaku di selatan Baghdad mengorbankan tujuh orang.
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Jeneral Saad Maan mendakwa kumpulan pengganas itu bertindak demikian selepas tidak dapat menerima kekalahan mereka alam pertempuran dengan pasukan keselamatan pada bulan lepas.
Seorang peniaga yang berniaga berhampiran kawasan insiden, Hani Fikrat Abdel Hussein berkata, seramai lima orang mati akibat ditembak dengan pistol oleh salah seorang penyerang terbabit.
“Keadaan menjadi huru hara, orang ramai bertempiaran menyelamatkan diri tetapi kumpulan pengganas melepaskan tembakan tanpa belas kasihan.
“Ada yang meletupkan diri menggunakan jaket yang diikat dengan bom, saya hanya dapat bersembunyi di sebalik pintu gelas dan menyaksikan kejadian menakutkan itu,” ujarnya ketika ditemui pemberita. – REUTERS