Sunday 17 January 2016

Abdullah bin Saba’ Pemimpin Gerakan Syiah

Ada seorang pendeta Yahudi dari Yaman masuk agama Islam, namanya Abdullah bin Saba’. Sesudah ia masuk Islam lantas datang ke Madinah pada akhir-akhir tahun kekuasaan khalifah Sayyidina Utsman bin Affan iaitu sekitar tahun 30 H.

Orang ini kebetulan tidak begitu mendapat penghargaan dari khalifah Utsman dan orang-orang besar di Madinah sebagai yang diharapkannya. Ia menyangka pada mulanya bahawa kalau ia datang ke Madinah ia akan disambut dengan kebesaran sebab dia adalah seorang pendeta besar dari yahudi Yaman yang masuk Islam.

Harapannya ini meleset, maka kerana itu ia berasa jengkel. Sebahagian ahli sejarah mengatakan bahawa masuknya Abdullah bin Saba’ kedalam Islam adalah dengan tujuan untuk mengacaukan Islam dari dalam kerana mereka tak sanggup mengacaukan Islam dari luar.

Pada mulanya ia benci kepada khalifah Sayyidina Utsman kerana khalifah tak menyambutnya. Ia membangunkan gerakan anti Sayyidina Utsman dan berusaha meruntuhkannya dan menggantikannya dengan Sayyidina Ali.

Usaha Abdullah bin Saba’ ini mendapat sokongan dikota-kota besar umat Islam ketika itu seperti di Madinah, Mesir, di Kufah, di Basrah dan lain-lain, kerana kebetulan orang-orang sudah banyak pula yang tidak sesuai dengan Sayyidina Utsman, kerana beliau menghilangkan cincin stempel Nabi Muhammad shallallahu alaihi wassalam. Dan juga beliau banyak mengangkat orang-orang dari suku beliau iaitu orang-orang bani Umayyah menjadi pengusaha-pengusaha daerah.

Demi untuk menjatuhkan dan mengalahkan Sayyidina Utsman, Abdullah bin Saba’ pergi ke Mesir, ke Kufah, ke Basrah, ke Damsyik dan lain-lain kota untuk membuat propaganda tentang keagungan Sayyidina Ali Karamallahu wajhah.

Abdullah bin Saba’ sangat berlebih-lebihan mengagung-agungkan Sayyidina Ali dan sangat berani membuat hadits-hadits palsu yang bertujuan mengagungkan begitu rupa dan merendahkan Sayyidina Utsmanm Sayyidina Umar bin Khatab dan Sayyidina Abu Bakar, iaitu khalifah-khalifah yang terdahulu.

Diantara ajaran Abdullah bin Saba’ adalah:

a)Al Wishayah

Erti al wishayah ialah wasiat. Nabi Muhammad berwasiat supaya khalifah (imam) sesudah beliau ialah Sayyidina Ali. Sayyidina Ali kadang-kadang digelari mereka “al-Washiy”, yakni orang yang diberi wasiat.

b)Ar Raj’ah

Erti ar Raj’ah ialah kembali.

Bin saba’ mengajarkan bahawa Nabi Muhammad tidak boleh kalah dari Nabi Isa Alaihissalam. Kalau Nabi Isa akan kembali pada akhir zaman untuk menegakkan keadilan, maka Nabi Muhammad akan patut lebih untuk kembali. Sayyidina Ali pun akan kembali diakhir zaman untuk menegakkan keadilan. Ia tidak percaya bahawa Sayyidina Ali mati terbunuh, beliau masih hidup, katanya.

Berkata seorang ahli tarikh, Ibnu Hazm: Bin Saba’ mengatakan pada ketika dikhabarkan kepadanya untuk bahawa Sayyidina Ali telah meninggal kena tusuk, ia berkata: “Kalau kamu bawa otaknya seribu kali kemari saya tidak percaya bahawa ia telah meninggal dunia. Ia belum mati sebelum ia memenuhi dunia ini dengan keadilan sebagaimana telah dipenuhi orang dengan kezaliman”.

Abdullah bin Saba’ mengajarkan bahawa Sayyidina Ali belum mati tetapi bersembunyi dan akan kembali pada akhir zaman”.

Ajaran ini dibawanya dari kepercayaan kaum yahudi yang mengajarkan bahawa Nabi Ilyas juga belum mati. Ajaran Ibnu Saba’ inilah yang kemudian menjadi kepercayaan kaum Syiah bahawa seorang imamnya yang penghabisan belum mati, sekarang masih bersembunyi, dan akan kembali pada akhir zaman untuk menegakkan keadilan dan kebenaran (lihat kitab Fajar Islam, karangan Ahmad Amin, page 270)

c)Ketuhanan Ali

Ibnu Saba’ juga mengajarkan bahawa tubuh Ali bersemayam unsur ketuhanan yang telah bersatu padu dengan tubuh Ali kerana itu beliau mengetahui segala yang ghaib, kerana itu selalu menang dalam peperangan melawan orang kafir, suara petir adalah suara Ali dan kilat adalah senyuman Ali.

Pendeknya Sayyidina Ali diangkat oleh Ibnu Saba’ dan oleh orang Syiah kemudian ke atas kedudukan tuhan. Na’uzubillah. Nah, Ibnu Saba’ inilah orang yang menaburkan fahaman Syiah, iaitu yang keterlaluan dalam mengagungkan Sayyidina Ali.

Malu melihat ganjilnya pelajaran-pelajaran Ibnu Saba’ ini, maka sebahagian kaum Syiah mengatakan bahawa Abdullah bin Saba’ itu sebenarnya orangnya tidak ada, khabar itu hanya dibuat-buat oleh orang yang anti Syiah tetapi – menurut Ahmad Amin – keingkaran orang-orang Syiah sekarang tidak berasalan kerana kitab-kitab sejarah Islam yang lama menetapkan adanya Abdullah bin Saba’.

Kaum Syiah mendustakan adanya Ibnu Saba’ kerana malu melihat ajaran-ajarannya yang keji ini. Tetapi pengarang kitab “Syarah Nahjul Balagah”, Ibnu Abil Hadid seorang ulama dan pengarang ulung dari kaum Syiah/Muktazilh, wafat setahun 656H mengakui adanya Abdullah bin Saba’ ini adalah seorang pendeta Yahudi yang masuk Islam yang mengorbankan fahaman Syiah Sabaiyah (Lihat syarah Nahjul Balagah juzu’ VIII, halaman 120)

Dan diantara pemimpin Syiah Sabaiyah ini terdapat seorang yang bernama Mugirah bin Said yang memfatwakan bahawa zat tuhan bersemayam dalam tubuh Sayyidina Ali. Beliau dapat menghidupkan kembali ‘Ad dan Tsamud.

Dan pula terdapat seorang pemimpin Syiah bernama Ishak bin Zeid yang memfatwakan bahawa orang-orang Syiah yang sudah sampai kederajat yang tinggi sudah habis taklif baginya iaitu tidak perlu sembahyang, puasa dan lain-lain (Lihat syarah Nahjul Balagah juzu’ VIII, halaman 122).

Boleh dipastikan bahawa Abdullah bin Saba’ penggerak yang pertama dan yang utama untuk memberontak terhadap khalifah ketiga Sayyidina Utsman bin Affan.

Nasib Abdullah bin saba’ ini pada akhir hayatnya menjadi orang yang dibuang oleh Sayyidina Ali sesudah beliau menjadi khalifah.

Pada suatu hari ia datang kepada Sayyidina Ali dan mengatakan kepada beliau: “Anta, anta” (engkau-engkau) yakni: Engkaulah yang Tuhan.

Sayyidina Ali marah kepadanya dan ditangkap, lalu dibuang ke Madain (lihat “Al Milal Wan Nihal” juz 1, halaman 174)

No comments:

Post a Comment