Saturday 23 January 2016

JUMAAT, 22 JANUARI 2016 @ 8:55 PM

OIC sokong tindakan Arab Saudi


PERTUBUHAN Kerjasama Islam (OIC)
JEDDAH: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyokong Arab Saudi berikutan pertikaian diplomatik dengan Iran dalam satu kenyataan, semalam sambil menuduh Tehran menyokong keganasan dan campur tangan dalam hal ehwal negara lain.
OIC yang berpangkalan di bandar Jeddah, Arab Saudi mengadakan satu mesyuarat luar biasa yang dianjurkan Riyadh susulan serangan ke atas kedutaan dan konsulat itu oleh penunjuk perasaan Iran pada 2 Januari lalu.
Krisis bermula apabila Arab Saudi melaksanakan hukum bunuh ke atas ulama tersohor Syiah, Nimr al-Nimr, yang mencetuskan kemarahan dalam kalangan pengikut Syiah di rantau ini. - REUTERS

No comments:

Post a Comment