Friday 8 January 2016

Bom lori ragut lebih 50 nyawa di Libya



SEORANG pegawai keselamatan memeriksa sebuah kereta yang musnah akibat letupan bom lori di Zliten, Libya.- AFP


ZLITEN – Beberapa pe­ngebom berani mati di Libya menyerang sebuah sekolah latihan polis dan pos pemeriksaan kelmarin sehingga menyebabkan lebih 56 orang terbunuh.
Serangan dahsyat itu menghidupkan semula gesaan supaya semua pihak bertelagah kembali bersatu untuk melawan ancaman militan di negara itu.
Serangan paling berdarah berlaku di bandar pesisir pantai Zliten di mana sebuah bom lori meletup di luar sekolah latihan itu yang meragut lebih 50 nyawa, kata sumber ke­selamatan.
Seorang saksi di Zliten yang terletak sekitar 170 kilometer ke timur Tripoli memberitahu agensi beri­ta AFP bahawa kira-kira 300 lelaki, kebanyakannya pengawal pantai berada di pekarangan sekolah tersebut ketika letupan berlaku.
Jurucakap kementerian kesihatan, Ammar Mohammed Ammar berkata, sekurang-kurangnya 100 orang turut cedera dalam serangan itu.
Beberapa jam kemudian, seorang pengebom memandu sebuah kereta yang sarat dengan bahan letupan dan merempuh sebuah pos pemeriksaan di kawasan yang diserang kumpulan militan Islamic State baru-baru ini. Seramai enam orang termasuk seorang bayi maut dalam serangan itu. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0109&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz3wh0agZg9 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment