Saturday 16 January 2016

Burkina Faso: Penyerang masih 'kuasai' hotel - Saksi

SABTU, 16 JANUARI 2016 @ 7:30 AM



API dan asap kelihatan dari Hotel Splendid di Ouagadougou, ibu negara Burkina Faso dengan penyerang bersenjata dilaporkan menawan beberapa tebusan. Pihak berkuasa dan sekurang-kurangnya enam lelaki bersenjata masih berbalas tembakan. - Foto REUTERS


OUAGADOUGOU: Lelaki bersenjata dilaporkan masih berada di dalam sebuah hotel empat bintang di ibu negara Burkina Faso, demikian menurut saksi dengan Kedutaan Perancis mendakwa ia adalah serangan pengganas. Penyerang turut berbalas tembakan dengan pihak berkuasa keselamatan di sekitar kawasan Hotel Splendid dan sebuah kafe bertentangan yang sering menjadi tempat penginapan dan kunjungan pelawat negara Barat. Kira-kira 10 kenderaan dilaporkan terbakar di jalan raya berdekatan hotel berkenaan yang terletak tidak jauh dari lapangan terbang antarabangsa negara itu. Serangan terbaharu itu kurang dua bulan selepas serangan militan yang menjadikan beberapa tebusan di hotel mewah, Radisson Blu Hotel di Malian, ibu negara Bamako pada November lalu dengan 20 orang terbunuh, termasuk 14 warga asing. Kakitangan cafe Cappuccino yang berjaya dihubungi AFP, berkata beberapa orang didakwa terbunuh di restoran itu namun tidak dapat memberikan jumlah sebenar. Saksi memberitahu, penyerang masih bertahan di hotel yang mempunyai 147 bilik, manakala penyerang masih berbalas tembakan dengan pihak berkuasa. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/114844

No comments:

Post a Comment