Wednesday 13 January 2016

Iran bebaskan 10 tentera marin AS




ANTARA 10 tentera marin Amerika Syarikat yang ditahan. - Foto EPA
DUBAI: Pihak berkuasa Iran hari ini membebaskan 10 tentera marin Amerika Syarikat yang ditahan sehari sebelumnya, menurut satu kenyataan yang disiarkan di televisyen negara itu.
Difahamkan, hasil penyiasatan itu mendapati mereka yang berada atas dua bot peronda tentera laut AS, masuk ke perairan Iran secara tidak sengaja.
"Siasatan menunjukkan tentera marin Amerika masuk ke kawasan perairan secara tak sengaja.
"Berikutan tindakan mereka memohon maaf, mereka dibebaskan ke perairan antarabangsa di Teluk," menurut kenyataan di televisyen Iran. - AFP

No comments:

Post a Comment