Wednesday 6 January 2016

Syarat pulih hubungan

New York : Arab Saudi bersedia menyambung semula hubungan dengan Iran sekiranya Teheran berhenti mencampuri urusan hal ehwal negara lain.
Negara itu memutuskan semua hubungan dengan Iran Ahad lalu selepas tindakannya memancung ulama Syiah Nimr al-Nimr mencetuskan bantahan besar-besaran di Teheran yang turut menyaksikan kedutaannya dibakar.
Ketika ditanya apa yang boleh membuatkan hubungan kedua-dua negara di sambung semula, duta Saudi ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Abdallah Al-Mouallimi memberitahu wartawan: “Mudah - Iran perlu menghentikan campur tangan dalam hal ehwal negara lain, termasuk negara kami.
“Jika mereka berbuat demikian, kami akan menyambung semula hubungan dengan Iran. Kami bukan dilahirkan untuk memusuhi Iran.”
Kelmarin, Bahrain dan Sudan juga memutuskan semua hubungan dengan Teheran.
Menteri Luar Saudi Adel Al-Jubeir berkata Isnin lalu, semua bentuk hubungan, termasuk udara dan perdagangan dengan republik Islam itu diputuskan.
Bagaimanapun, rakyat Iran tidak akan dihalang melakukan umrah atau haji di Makkah dan Madinah.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 January 2016 @ 6:52 AM


PENYOKONG parti Pakistan Rah-e-Haq mengibarkan sepanduk sambil melaungkan slogan menyokong tindakan Saudi memancung 47 tahanan, termasuk ulama Syiah, ketika berhimpun di Peshawar Pakistan. Kata-kata dalam bahasa Urdu pada sepanduk itu berbunyi: “Jahanam dengan keganasan - melindungi Kaabah adalah tugas umat Islam - kami sokong tindakan Saudi pancung pengganas.”
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/105156#sthash.g4OzcXcn.dpuf

No comments:

Post a Comment