Saturday 16 January 2016

Pakistan tutup operasi sekolah agama militan

Pakistan berkata, ia membanteras kumpulan dikendalikan Maulana Masood Azhar, ketika menyiasat dakwaan India bahawa serangan 2 Januari lalu ke atas pangkalan udara Pathankot dilancarkan militan yang berpangkalan di Pakistan.
"Pegawai Jabatan Antikeganasan menyerbu madrasah Jamiatul Nur di Daska semalam dan menahan lebih 12 orang.
"Sekolah itu ditutup dan dokumen dirampas," kata Menteri Undang-undang Punjab, Rana Sanaullah.
Sanaullah berkata, beberapa pejabat dan sekolah dikendalikan pertubuhan itu juga diserbu dan ditutup, dengan ramai kakitangannya ditangkap.
Dalam temubual televisyen, Sanaullah mengesahkan Azhar ditahan dan akan dikenakan tindakan mengikut lunas undang-undang jika terbukti dia terbabit dalam serangan di Pathankot.
Serangan di Pathankot diikuti serangan ke atas konsulat India di Afghanistan yang juga dikaitkan dengan Jaish-e-Mohammad atau Tentera Mohammad.
India menuntut Pakistan mengambil tindakan ke atas kumpulan itu dan kelmarin mengumumkan kedua-dua negara akan menjadualkan semula rundingan antara Menteri Luar masing-masing ketika siasatan dilakukan. - Reuters

No comments:

Post a Comment