Sunday 3 January 2016

AS minta Iran lindung Kedutaan Arab Saudi

ISNIN, 4 JANUARI 2016 @ 12:03 AM

KETUA Polis Tehran, Hossein Sajedinia (tengah) meminta penunjuk perasaan menamatkan demonstrasi di luar Kedutaan Arab Saudi. - Foto AFP


WASHINGTON: Jabatan Negara Amerika Syarikat menggesa kerajaan Iran untuk melindungi Kedutaan Arab Saudi di Tehran. Ketika sama ia meminta kedua-dua Arab Saudi dan Iran cuba elak ketegangan membabitkan Sunnah dan Syiah. Jurucakap, Elizabeth Trudeau memberitahu wartawan, hari ini bahawa AS menyokong hak untuk bantahan secara aman tapi mengutuk keras sebarang serangan ke atas harta diplomatik. Trudeau turut menggesa kedua-dua negara terbabit menjauhkan diri daripada tindakan yang boleh memburukkan lagi ketegangan yang sedia wujud. Tunjuk perasaan berlaku di luar pejabat Kedutaan Arab Saudi, awal pagi Ahad sebagai tanda bantahan hukuman mati ke atas ulama Syiah tersohor, Sheikh Nimr al-Nimr, kelmarin. - AP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/110802

No comments:

Post a Comment