FARYAB - AFGHANISTAN. Seorang suami bertindak memotong hidung isterinya yang berumur 20 tahun ketika sedang bergaduh, kelmarin.
Menurut laporan Dailymail, Mohammad Khan mula memukul dan mendera Reza Gul selepas pulang dari Iran.
Reza juga mengatakan Mohammad mengambil seorang kanak-kanak perempuan berumur tujuh tahun sebagai isteri kedua tidak lama selepas kepulangannya.
Jurucakap gabenor, Ahmad Javed Bedar memberitahu Mohammad memotong hidung isterinya menggunakan pisau lipat.
Kata Ahmad, Reza juga bakal dirawat di Turki untuk pembedahan untuk menyambungkan hidungnya tersebut.
Sementara itu, Mohammad yang telah melarikan diri kini diburu oleh polis dan pihak berkuasa tempatan
.