Sunday 17 January 2016

Iran bebas warga AS kelima

WASHINGTON: Rakyat Amerika Syarikat kelima yang dibebaskan Iran selepas 40 hari dipenjarakan ialah wartawan dan pelajar yang mengunjungi dan bertugas di negara dilanda konflik termasuk Syria, Mali dan Afghanistan.
Matthew Trevithick dibebaskan dari Penjara Evin di Tehran oleh pihak berkuasa Iran secara berasingan daripada empat lagi rakyat Amerika yang dibebaskan dalam pertukaran banduan ketika sekatan antarabangsa ke atas Republik Islam itu ditarik balik.
Tidak dapat dipastikan mengapa Trevithick yang berada di Tehran, dipenjarakan dan penahanannya tidak dilaporkan media utama.
Trevithick sudah pun meninggalkan negara itu manakala empat lagi rakyat masih belum berbuat demikian.
Kerajaan Amerika akan memberikan butiran lanjut mengenai rakyat Iran yang diberikan pengampunan kerana jenayah tidak ganas selepas warga Amerika meninggalkan Tehran. - Reuters
Matthew Trevithick dibebaskan dari Penjara Evin di Tehran oleh pihak berkuasa Iran.

No comments:

Post a Comment