Sunday 3 January 2016

Arab Saudi putus hubungan diplomatik dengan Iran



Adel Al-Jubair Foreign Minister of Saudi Arabia
RIYADH, Isnin – Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubair mengumumkan hubungan diplomatik negaranya dengan negara Syiah Iran telah diputuskan.
Duta Iran di Arab Saudi diberi masa 48 jam untuk keluar dari negara itu, umum Adel dalam sidang media di sini semalam.
Ini berikutan bantahan keras oleh Iran terhadap hukuman mati yang dijatuhkan ke atas ulama Syiah warga Iran, Sheikh Nimr al-Nimr pada Sabtu.
Kedutaan Arab Saudi di Tehran telah diserang teruk dan digeledah pada malam hari hukuman dilaksanakan.
Al-Nimr dihukum mati bersama 46 pengganas lain. Dia adalah imam di sebuah masjid di kawasan majoriti Syiah di timur Arab Saudi.
Al-Nimr didapati bersalah mewujudkan pergaduhan mazhab, menghasut dan melanggar kesetiaan kepada Raja Arab Saudi. – Agensi

No comments:

Post a Comment