ISTANBUL - TURKI. Pakar menyarankan Turki agar tidak memihak mana-mana dalam krisis diplmatiik yang melanda Arab Saudi dan Iran, lapor The Jerusalem Post.
Bekas Ketua Biro New York Time di Instanbul, Stephen Kinzer berkata, beliau berharap Turki tidak terburu-buru memihak dalam isu tersebut.
"Ini bukan suatu kepentingan untuk semua orang berbaris menyebelahi mana-mana pihak," katanya.
Krisis Arab Saudi dengan Iran memuncak selepas kedutaan Arab Saudi di Tehran diserang susulan pelaksanaan hukuman mati ke atas ulama syiah terkenal, Sheikh Nimr al-Nimr, baru-baru ini hingga menyebabkan Arab Saudi memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran.
Turki yang majoritinya Sunni mempunyai hubungan dengan Arab Saudi dan Iran namun telah memutuskan untuk menarik diri daripada kedua-dua pihak.
Ankara telah mengkritik Arab Saudi atas pelaksanaan hukum mati tanpa menyebut secara spesifik nama Sheikh Nimr dan menyatakan bahawa Iran mesti menjaga misi diplomatik di negara itu serta menyifatkan serangan ke atas kedutaan Arab Saudi di Tehran itu tidak boleh diterima.
Beberapa negara sekutu Arab Saudi telah bertindak memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran termasuk Sudan dan Bahrain.