Saturday 29 October 2016

Yaman tolak pelan damai PBB

AHAD, 30 OKTOBER 2016 @ 8:14 AM



 PRESIDEN Abedrabbo Mansour Hadi. - Foto Reuters

 ADEN: Sekurang-kurangnya 47 banduan, pemberontak dan penduduk awam maut dalam serangan dilancarkan pasukan tentera pakatan diketuai Arab Saudi, ketika Presiden Yaman menolak cadangan damai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk negara yang dilanda peperangan itu. Tentera yang setia kepada Presiden Abedrabbo Mansour Hadi terperangkap dalam pertempuran maut sejak 2014 dengan pemberontak

Houthi disokong Iran yang menawan ibu negara, Sanaa, lewat tahun lalu. Konflik memuncak pada Mac 2015 apabila Arab Saudi melancarkan kempen ketenteraan untuk mengusir pemberontak. Perang itu mengorbankan hampir 7,000 nyawa, kebanyakannya penduduk awam, menurut PBB yang bergelut meyakinkan pihak bertelagah untuk melaksanakan gencatan senjata dan menghidupkan semula proses politik.


Cadangan damai terbaru yang dibentangkan wakil khas PBB, Ismail Puld Cheikh Ahmed ditolak Hadi yang enggan menerimanya ketika bertemu beliau di Riyadh. Ketika kerajaan menukar ibu negara ke Aden buat sementara, Hadi menetap di Riyadh dengan pegawai paling kanan.

 Kandungan pelan damai itu yang sudah pun dibentangkan kepada pemberontak pada Selasa tidak diumumkan kepada orang ramai. Namun sumber menyatakan ia menggesa persetujuan bagi menamakan timbalan presiden baru selepas pemberontak berundur dari Sanaa dan bandar raya lain dan menyerahkan senjata kepada pihak ketiga.

 Hadi kemudian akan menyerahkan kuasa kepada timbalan presiden yang akan melantik Perdana Menteri baru untuk membentuk kerajaan yang menyaksikan utara dan selatan negara itu mempunyai wakil sama banyak. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/207473

No comments:

Post a Comment