Rombongan lawatan rasmi Presiden Iran itu disertai Menteri Luar Iran, Dr. Mohamad Javad Zarif, menteri-menteri kanan kabinet dan pegawai-pegawai kanan kerajaan negara berkenaan.
Presiden Iran itu turut diberi penghormatan memeriksa perbarisan ke atas tiga pegawai dan 104 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).
Kehadiran Hassan atas jemputan Najib itu dijangka akan mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Iran, selain meningkatkan aktiviti perdagangan antara kedua-dua negara. - UTUSAN ONLINE