Wednesday 12 October 2016

14 maut, 24 cedera bom meletup di luar masjid

RABU, 12 OKTOBER 2016 @ 9:20 PM

MAZAR-I-SHARIF, Afghanistan: Sekurang-kurangnya 14 terbunuh dan 24 lagi cedera apabila sebutir bom diletupkan di luar sebuah masjid dekat sini, serangan kedua mensasarkan minoriti Syiah dalam tempoh 24 jam, kata seorang pegawai. Serangan dilakukan ketika orang ramai sedang berhimpun untuk memperingati hari Ashura salah satu hari suci Syiah, di sebuah masjid, kira-kira 20 kilometer dari Mazari-i-Sharif, ibu kota wilayah Balkh di utara, Afghanistan. Jurucakap gabenor wilayah, Moneer Ahmad Farhad berkata, masjid itu menjadi sasaran dalam letupan itu. Setakat ini tidak ada pihak mengaku bertanggungjawab. Pada masa sama, di Kabul, 18 terbunuh ketika penganut Syiah berhimpun untuk meraikan perayaan yang sama di rumah ibadat Karte Sakhi dekat Universiti Kabul lewat malam Selasa. Menurut saksi, penyerang dikatakan melepaskan tembakan rambang ke arah lelaki, wanita dan kanak-kanak sebelum melarikan diri. Militan Daesh didakwa melakukan serangan itu. Mereka turut mengaku bertanggungjawab melakukan serangan ke atas demonstrasi jalanan yang kebanyakannya Syiah pada Julai lalu, mengorbankan 84 orang. - Reuters/AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/201562

No comments:

Post a Comment