Thursday 13 October 2016

14 terbunuh dalam serangan letupan bom


REUTERS  |  13 Oktober 2016 3:00 AM
bom generic

MAZAR-I-SHARIF 13 Okt. - Sekurang-kurangnya 14 terbunuh dan 24 lagi cedera apabila sebutir bom diletupkan di luar sebuah masjid di ibu kota wilayah Balkh di utara, Afghanistan.

Gabenor wilayah, Moneer Ahmad Farhad berkata, serangan dilakukan ketika orang ramai sedang berhimpun untuk memperingati hari Ashura salah satu hari suci Syiah, di sebuah masjid, kira-kira 20 kilometer dari Mazari-i-Sharif.

“Ini merupakan serangan kedua yang menyasarkan minoriti Syiah dalam tempoh 24 jam. Setakat ini tidak ada pihak mengaku bertanggungjawab,” katanya.


Pada masa sama, di Kabul, 18 terbunuh ketika penganut Syiah berhimpun untuk meraikan perayaan yang sama di rumah ibadat Karte Sakhi dekat Universiti Kabul lewat malam Selasa. - REUTERS

No comments:

Post a Comment