Wednesday 5 October 2016

Lagi majlis perkahwinan dibom


5 OKTOBER 2016

Lagi majlis perkahwinan dibom


Lagi majlis perkahwinan dibom Beberapa lelaki memeriksa kerosakan dewan perkahwinan, sehari selepas pengebom berani mati meletupkan diri di bandar Hasakah.
DAMSYIK - SYRIA. Sekurang-kurangnya 30 terbunuh dan puluhan yang lain cedera selepas pengebom berani mati meletupkan diri di sebuah majlis perkahwinan di bandar Hasakah, dekat timur laut Syria.

"Pengebom berani mati meletupkan diri di Dewan Sanabil di perkampungan Tall Tawil, terletak kira-kira 400 meter dari Hasakah," menurut Datuk Bandar Hasakah, Zaal al-Ali.

Agensi berita SANA melaporkan, 30 orang meninggal dunia manakala 90 lagi cedera dalam serangan itu.

Kesemua mangsa cedera dihantar ke hospital berhampiran di bandar berkenaan.

Letupan dilaporkan berlaku pada waktu petang ketika perkahwinan Kurdish apabila penyerang bertindak meletupkan bahan letupan di khalayak ramai.

Unit Perlindungan Rakyat Kurdish (YPG) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya masih belum dapat mengesahkan sama ada letupan berlaku akibat bahan letupan atau pengebom berani mati.

Setakat ini tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab mendalangi serangan terbabit. - RT

No comments:

Post a Comment