Friday 14 October 2016

Syiah dikesan meresapi Perlis – Mufti


14 Oktober 2016 12:41 AM
KANGAR 13 Okt. – Mufti negeri, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin mendedahkan bahawa penyebaran fahaman Syiah sudah mula meresapi negeri ini menerusi pertubuhan tertentu.

Mohd. Asri Zainol Abidin

Sehubungan itu, beliau menasihatkan penduduk negeri ini supaya berhati-hati agar tidak terpengaruh.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut tentang pertubuhan terbabit.


“Syiah yang berpusat di Kedah, khususnya di Pendang yang bebas beroperasi sejak sekian lama mula menyerap masuk ke Perlis,” katanya dalam satu kenya­taan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Asri, idea negara mullah, revolusi Islam, kepemimpinan hanya tertumpu kepada Ahlul Bait dan pesta darah asyura mula menjangkiti dalam golongan tertentu.

“Rakyat sederhana jelas menolak konsep itu dan tidak dapat menerima idea-idea seperti pertumpahan darah dan sikap tidak demokratik yang mengkhususkan kepimpinan hanya untuk kelompok keluarga Nabi Muhamad S.A.W dan agamawan semata-mata.

“Apatah lagi, apabila membabitkan isu mengkafirkan dan mencerca para isteri Nabi Muhamad S.A.W dan sahabat bagin­da,” kata Mohd. Asri lagi.

No comments:

Post a Comment