Monday 24 October 2016

51 Daish terbunuh di Kirkuk



PENDUDUK Iraq yang berjaya meninggalkan bandar Mosul tiba di kem pelarian di Qayyarah, selatan bandar itu, semalam. - AFP


Arbil: Tentera Iraq semalam meneruskan usaha mengukuhkan cengkaman ke atas Mosul walaupun berdepan jerangkap samar, tembakan curi dan bom kereta.

Pada masa sama, pihak berkuasa negara itu juga meneruskan usaha memburu anggota Daish yang bertanggungjawab melancarkan serangan di beberapa bandar lain di negara itu.

Serangan terhadap Mosul bermula Isnin lalu dengan tujuan untuk menawan semula bandar terbesar terakhir yang dikuasai Daish.

Dalam pada itu, kira-kira 51 militan Daish ditembak mati sejak Jumaat lalu selepas mereka melancarkan serangan di Kirkuk, dalam usaha mengalihkan tumpuan tentera Iraq dari Mosul.

Seorang pegawai keselamatan di Kirkuk berkata, pertempuran masih berlaku di beberapa kawasan di wilayah itu semalam. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Oktober 2016 @ 5:06 AM

No comments:

Post a Comment