Saturday 29 October 2016

Peluru berpandu: Houthi Yemen didakwa terlibat


29 OKTOBER 2016
Peluru berpandu: Houthi Yemen didakwa terlibat

Pemberontak Houthi Yemen didakwa terlibat melancarkan peluru berpandu yang berjaya dipintas Arab Saudi. –Foto EPA
SANAA -YEMEN. Pemberontak Houthi Yemen didakwa terlibat melancarkan peluru berpandu balistik jarak jauh, 500 km dari sempadan ke arah Kota Suci Arab Saudi, Makkah.

Bagaimanapun, Pemimpin Houthi, Mohamed al-Bekheity menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan turut menafikan bahawa peluru berpandu yang dilancarkan itu mensasarkan Makkah.

Katanya, dakwaan terhadap pihaknya itu adalah untuk meraih simpati daripada orang Islam dan masyarakat antarabangsa.

“Mereka menggunakan dakwaan tersebut untuk menarik perhatian dunia ke arah itu.

“Kami tidak menyasarkan orang awam dan kami juga sesekali tidak akan mensasarkan kawasan suci,” katanya kepada Al-Jazeera.

[ARTIKEL BERKAITAN: Peluru berpandu dipintas berhampiran Makkah]

Gabungan tentera Arab sebelum ini berkata peluru berpandu tersebut berjaya dipintas dan dimusnahkan sebelum ia dapat melakukan sebarang kerosakan kira-kira 65km dari Makkah.

Peluru berpandu itu dipercayai dilancarkan dari wilayah Saada yang merupakan kubu kuat Houthi terletak di sempadan Arab Saudi.

Tentera Arab telah melancarkan serangan balas terhadap pemberontak dengan melancarkan serangan udara menyasarkan kawasan peluru berpandu tersebut dilancarkan.

Pihak Houthis sebelum ini telah menggulingkan kerajaan Yemen pada tahun 2014 dan merampas sebahagian besar negara itu termasuklah ibu negara, Sanaa.

Ini merupakan serangan kali kedua yang dilakukan oleh pemberontak membuat serangan peluru berpandu di mana kali pertama adalah pada 9 Oktober lepas apabila gabungan tentera Arab berjaya memintas sebuah peluru berpandu di Taif, tapak pangkalan udara Saudi terletak kira-kira 70km dari Makkah.

No comments:

Post a Comment