Wednesday 5 October 2016

Iran beri amaran kapal Arab Saudi jauhi perairannya

KHAMIS, 6 OKTOBER 2016 @ 11:01 AM



KAPAL Tentera Laut Diraja Arab Saudi mengambil bahagian dalam latihan ÒGulf Shield 1o, di timur Arab Saudi pada 4 Oktober, lalu. - Foto REUTERS

TEHRAN: Pengawal Revolusi Iran yang berpengaruh memberi amaran kepada kapal tentera laut Arab Saudi yang mengambil bahagian dalam latihan tentera di Teluk pada Rabu supaya tidak mendekati perairannya.

Amaran itu menjadi petunjuk ketegangan memuncak kedua-dua negara berkenaan. Arab Saudi memulakan latihan perang termasuk menggunakan peluru hidup pada Selasa di Teluk dan Selat Hormuz, laluan minyak paling penting dunia. Tehran dan Riyadh bertempur dalam beberapa perang proksi di Asia Barat, termasuk di Syria dan Barat, tetapi kedua-duanya mengambil langkah berhati-hati mengelakkan konfrontasi ketenteraan secara langsung.

 "Tentera laut Pengawal Revolusi percaya latihan itu bertujuan mencetuskan ketegangan dan ketidakstabilan di Teluk Parsi," kata badan itu dalam kenyataan yang disiarkan di agensi berita Tasnim. Sekutu kuat Arab Saudi, Amerika Syarikta, berkata pada Ogos dan September bahawa kapal unit itu 'mengganggu' kapal tempur Amerika beberapa kali di Teluk dalam kejadian yang disifatkan Washington sebagai tidak selamat dan tidak profesional. - AGENSI

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/199354

No comments:

Post a Comment