Tuesday 10 May 2016

Teheran dakwa AS

Teheran dakwa AS
Rouhani (kiri) bersama Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye memeriksa barisan ketika majlis menyambut kedatangan pemimpin Seoul ke Teheran. - Foto AFP
11 MEI 2016 TEHERAN - IRAN. Presiden Hassan Rouhani berkata Iran akan membuat aduan terhadap Washington ke atas keputusan mahkamah Amerika Syarikat (AS) yang membuka jalan bagi penggunaan aset beku Teheran bernilai berbilion ringgit.
"Kami tidak membenarkan AS menggunakan wang milik rakyat Iran sewenang-wenangnya," katanya.
Beliau berjanji akan membawa perkara itu ke Mahkamah Antarabangsa dalam masa terdekat dan tidak akan melaksanakan sebarang usaha ke arah pemulihan hak negara melalui saluran undang-undang, politik atau perbankan.
Teheran mengecam rampasan aset beku yang disifatkan sebagai rompakan lebuh raya dan berikrar akan menuntut semula hak mereka.
20 April lalu, Mahkamah Agung AS memutuskan bahawa hampir ASD2 bilion (RM8 bilion) aset beku Iran terpaksa diserahkan kepada keluarga AS yang merupakan mangsa pengeboman 1983 di Beirut dan beberapa serangan lain.
Wang yang dimiliki Bank Negara Iran (CBI) telah disekat AS sebelum keputusan mahkamah. - Press TV

No comments:

Post a Comment