Seorang pegawai keselamatan Iraq memberitahu, perbuatan itu didalangi oleh pengebom berani mati manakala beberapa pegawai lain pula memaklumkan bahawa kejadian tersebut berpunca daripada bom yang diletakkan dalam kenderaan berkenaan.
Dakwa mereka, beberapa orang wanita dan kanak-kanak turut menjadi mangsa dalam kejadian itu.
Setakat ini, tidak ada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan. Bagaimanapun, sesetengah pihak percaya serangan itu dilakukan oleh kumpulan militan IS. - AFP