Wednesday 11 May 2016

64 korban bom

Baghdad: Serangan bom kereta oleh kumpulan militan Daish di sebuah pasar dalam kawasan yang majoriti penduduknya Syiah di sini mengorbankan sekurang-kurangnya 64 orang dan mencederakan lebih 83 yang lain, semalam.
Kenderaan utiliti sukan SUV yang sarat dengan bahan letupan meletup berhampiran salun kecantikan di pasar yang sibuk pada waktu puncak di Sadr.
Sumber berkata, kebanyakan mangsa yang terkorban wanita, dengan ramai yang cedera dalam keadaan kritikal.
Agensi berita Amaq yang menyokong Daish berkata, pengebom berani mati itu menyasarkan kumpulan militia Syiah dan turut mengakui melancarkan serangan bom berkembar juga di Sadr pada Februari lalu yang membunuh 70 orang.
Walaupun sistem keselamatan di Baghdad - yang sedekad lalu mengalami serangan bom setiap hari - kini bertambah baik, keganasan yang menyasarkan pasukan keselamatan dan orang awam masih kerap berlaku, dengan letupan besar kadang-kadang mencetuskan serangan balas.
Pertempuran menentang Daish memburukkan lagi konflik antara puak yang sudah lama berlangsung di Iraq, kebanyakannya membabitkan golongan majoriti Syiah dan minoriti Sunni.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mei 2016 @ 7:50 AM


ANGGOTA keselamatan Iraq memeriksa kerosakan akibat letupan kereta di Sadr.

No comments:

Post a Comment