Tuesday 10 May 2016

Pemimpin IS maut dalam serangan udara

Pemimpin IS maut dalam serangan udara
Lelaki dipercayai Abu Wahib dibunuh dalam serangan udara, semalam. - Foto AFP
10 MEI 2016 WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT.  Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, Pentagon mendakwa serangan udara yang dipimpinnya telah membunuh pemimpin IS terkemuka di wilayah Anbar barat Iraq, semalam lapor portal Al Arabiya.
Jurucakapnya, Peter Cook berkata, serangan Jumaat lalu berhampiran bandar Rutba dekat padang pasir Anbar mensasarkan ‘raja tentera’ IS, Abu Wahib.
Katanya, Wahib merupakan bekas anggota al-Qaeda di Iraq yang telah muncul dalam video pelaksanaan hukuman mati IS.
“Kami melihat dia sebagai pemimpin penting dalam IS secara keseluruhan, tidak hanya dalam wilayah Anbar itu.
“Menghapuskan dia dari medan perang akan menjadi satu langkah penting ke hadapan,” katanya.
Kumpulan itu dalam sebuah kenderaan ketika diserang namun Cook tidak memberi sebarang maklumat tambahan dan tidak menyatakan secara terperinci sama ada serangan itu menggunakan pesawat perang ataupun dron.
Pembunuhan Wahib adalah siri serangan terbaharu terhadap pemimpin senior IS di Iraq dan Syria.

No comments:

Post a Comment