Monday 9 May 2016

Iran uji peluru berpandu balistik

TEHRAN: Iran menjalankan satu lagi ujian peluru berpandu balistik sejak pelaksanaan perjanjian nuklear dengan kuasa besar dunia awal tahun ini.
Agensi berita Tasnim melaporkan Timbalan Ketua Ibu Pejabat Tentera, Jeneral Ali Abdullahi, sebagai berkata ujian pelancaran peluru berpandu dengan keupayaan jarak 2,000 kilometer itu dilakukan dua minggu lalu.
Iran yang bertegas ujian itu tidak melanggar perjanjian terbabit, seolah-olah mahu menunjukkan ia masih meneruskan program peluru berpandu balistik biarpun terpaksa mengurangkan program nuklear berikutan tawaran penarikan balik sekatan antarabangsa ke atas Tehran.
Pada Mac lalu, Iran menguji dua peluru berpandu balistik - satu daripadanya tertulis frasa 'Israel mesti dihapuskan' dalam bahasa Ibrani, hingga mencetuskan kemarahan antarabangsa. - AP
Sumber tehrantimes.com

No comments:

Post a Comment