Monday 2 May 2016

Sekutu Rouhani dijangka menang pilihan raya Iran


TEHERAN – Reformasi dan ahli politik sederhana yang bersekutu dengan Presiden Iran, Hassan Rouhani memenangi kerusi dalam pusingan kedua pilihan raya umum di Iran sekali gus membuka pintu kepada mereka untuk mengawal badan perundangan.
Keputusan tidak rasmi menyebut daripada 68 kerusi dipertandingkan, antara 33 kerusi memihak kepada gerakan pembaharuan pro-Rouhani, manakala konservatif memperoleh 21 kerusi.
Undian kedua untuk melengkapkan 290 kerusi Parlimen baharu itu berlangsung kelmarin kerana pemilihan awal pada 26 ­Februari lalu gagal menghasilkan pemenang untuk mengisi 68 kerusi.
Ia mungkin memberi 128 daripada 290 kerusi Parlimen kepada pihak reformasi, manakala jumlah kerusi selebihnya itu milik calon bebas.
Malah, ia akan menjadi undi besar untuk membawa kepada keyakinan Hassan yang pernah memenangi kemenangan pada pilihan raya tahun 2013 dan seterusnya memeterai perjanjian bersejarah dengan kuasa-kuasa dunia berhubung sekatan program nuklear Teheran.
Hakikatnya, ia mungkin boleh membuka haluan kepada perubahan sosial dan kebudayaan selepas pertempuran diplomatik yang berlaku pada satu era terhadap program itu menyebabkan Iran terasing.
Bagaimanapun, pengundian pusingan kedua telah dilanjutkan kelmarin membabitkan hampir satu perempat daripada kerusi parlimen.
Sebuah agensi berita pihak konservatif, Tasnim berkata, sekutu Hassan mungkin akan memenangi 35 kerusi di pusingan kedua memandangkan tiada calon di 68 kawasan pilihan raya itu memperoleh undi minimum 25 peratus yang diperlukan dalam pusingan pertama.
Reformasi Iran menggalakkan pelaburan ­asing, menyokong pemulihan hubungan diplomatik dan mencari perubahan sosial serta sekatan politik yang rendah.
Mereka memperoleh keuntungan daripada pilihan raya yang diadakan pada Februari lalu selepas Hassan memeterai perjanjian nuklear dengan kuasa-kuasa dunia.
Hampir 17 juta penduduk layak mengundi kelmarin manakala, pengundian dilakukan di 21 wilayah. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0501&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz47UJ1IjSJ 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment