Pertandingan yang menerima kira-kira 150 penyertaan daripada 50 buah negara itu dilancarkan sempena hari peringatan ‘nakba’ yang bertujuan bagi mengingati penubuhan Israel pada 1948.
Pihak berkuasa Iran bagaimanapun menafikan bahawa mereka terlibat dengan penganjuran itu. Sebaliknya, Menteri Luar Iran, Javad Zarif berkata, pertandingan itu dianjurkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tanpa sebarang sokongan daripada pihak berkuasa negara itu. - AFP