Wednesday 18 May 2016

69 Terbunuh Dalam Empat Serangan Bom Kereta


Diterbitkan: Rabu, 18 Mei 2016 11:27 AM

BAGHDAD: Seramai 69 orang awam terbunuh selepas berlaku empat serangan bom kereta di empat kawasan berasing di bandar ini.
Serangan pertama berlaku di pasar Shia apabila sebuah kereta yang ditinggalkan di tepi jalan diletupkan.
Akibat letupan berkenaan, seramai lapan orang terbunuh dan 22 lagi cedera.
Letupan kedua berlaku di selatan bandar ini - di kawasan penduduk Syiah, seramai 18 maut manakala 35 cedera dalam kejadian itu.
Kenderaan ketiga pula diletupkan berdekatan sebuah restoran di Habibiya dan menyebabkan sembilan terkorban dan 18 cedera.
Manakala serangan keempat berlaku selepas seorang penyerang berani mati meletupkan dirinya ketika berada di dalam kereta yang dipandu dikawasan awam.
Sepanjang minggu ini, serami 200 orang awam dilaporkan terbunuh akibat serangan bom di Baghdad.

No comments:

Post a Comment