Thursday 24 November 2016

Keadaan panik di Mosul apabila penduduk cuba berpindah

KHAMIS, 24 NOVEMBER 2016 @ 9:33 PM

ANTARA keluarga pelarian Iraq yang bersedia menaiki bas meninggalkan Mosul selepas pertempuran berlaku di antara pasukan tentera Iraq dengan militan Daesh. - Foto AFP   


MOSUL: Angka penduduk yang cuba meninggalkan bandar ini naik mendadak saban hari ketika pasukan tentera Iraq semakin mara ke segenap pelusuk bandar kedua terbesar Iraq itu, memaksa militan Daesh menggunakan mereka sebagai perisai manusia untuk melepaskan diri. Baru-baru ini sekumpulan lelaki, wanita dan kanak-kanak yang cuba meninggalkan bandar itu dalam keadaan cedera dan cemas diarah tentera supaya kembali semula kerana bimbang pengebom bunuh diri berlindung dalam kalangan mereka. Bandar ini yang jatuh ke tangan Daesh pada musim panas 2014 lalu, masih menjadi kediaman kepada lebih sejuta orang. Bimbang dengan berlakunya penghijrahan besar-besaran, pihak berkuasa menggesa penduduk kekal di rumah mereka. Namun kehadiran orang awam menjadi menghalang kepada tentera Iraq yang disokong AS daripada menggunakan kekerasan, sekali gus memperlahankan kemaraan mereka dan memanjangkan penderitaan di bandar itu. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, sekurang-kurangnya 68,000 orang melarikan diri daripada pertempuran di bandar itu termasuk 8,300 sejak empat hari lalu. Hingga kini, hampir semua pertempuran berlaku di timur tebing Sungai Tigris. Sementara itu, jurucakap satu daripada beberapa puak militia Syiah berkata, mereka berjaya menawan sebuah jalan ke barat laut bandar itu yang menghubungkan Raqqa, ibu kotanya dan juga kubu kuat kerajaan khalifah yang cuba dibentuk Daesh. "Kami berjaya menyekat laluan ke Tal Afar dari Mosul dan kami memutuskan hubungan ke Mosul dari Syria," kata jurucakap Briged Hezbollah, Jaafar al-Husseini. - AP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/216452

No comments:

Post a Comment