Monday 21 November 2016

27 maut serangan bom di masjid Syiah di Kabul

DUNIA ISNIN, 21 NOVEMBER 2016 @ 9:11 PM


KESAN selepas serangan nekad di masjid Syiah, di Kabul. - Foto EPA KABUL: Sekurang-kurangnya 27 orang maut manakala 35 lain cedera dalam serangan nekad di masjid Syiah, di sini, menurut pihak berkuasa. Pegawai kanan polis, Fridon Obaidi, berkata penyerang berkenaan berada bersama penganut Syiah di masjid itu ketika dia meletupkan bom dibawanya. Sementara itu, jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Sediq Sediqqi, berkata serangan berlaku pada jam 12.30 tengah hari waktu tempatan (0800GMT). Polis bertindak mengepung kawasan sekitar masjid Baqirul Olum yang terletak di barat ibu kota Afghanistan, ketika ambulans bergegas ke tempat kejadian. "Saya terdengar letupan dan debu menutupi seluruh masjid. Tidak lama kemudian saya melihat masjid penuh dengan cebisan daging dan darah. "Saya sendiri cedera di pinggang dan terpaksa merangkak keluar dari masjid," kata seorang mangsa, Nadir Ali. Seorang lagi mangsa, Ali Jan, berkata dia berada dalam masjid ketika letupan berlaku. "Saya terdengar bunyi letupan dan tingkap pecah. Saya tidak tahu apa yang berlaku namun bergegas keluar," katanya. Sementara itu, Presiden Afghanistan Ashraf Ghani, dalam sayu kenyataan, mengutuk serangan kejam itu. Lazimnya, masjid di Kabul tiada kawalan keselamatan walaupun polis dapat dilihat meronda beberapa masjid ketika solat Jumaat. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/215408

No comments:

Post a Comment