Monday 21 November 2016

2 maut serangan bom kereta di Benghazi

ISNIN, 21 NOVEMBER 2016 @ 9:56 PM



BENGHAZI, Libya: Sekurang-kurangnya dua terbunuh dan 17 yang lain cedera dalam serangan bom kereta di Benghazi, menurut pegawai perubatan Libya. Ketua Unit Bantuan Hospital Jalaa, Mohammed Zwai, berkata kereta yang dipenuhi bahan letupan itu diletupkan berhampiran kawasan parkir hospital. Serangan itu adalah serangan ketiga menyasarkan hospital tahun ini. Zwai berkata, angka kematian dijangka meningkat kerana beberapa mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal. Benghazi, bandar kedua terbesar Libya, menjadi medan pertempuran lebih daripada dua tahun antara tentera setia kepada Komander Tentera Khalifa Hifter dan beberapa kumpulan militan termasuk Daesh. Minggu lalu, tentera Hifter diusir kumpulan militan daripada kubu kuat mereka di bandar itu tetapi pertempuran masih berterusan di kawasan lain. - AP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/215419

No comments:

Post a Comment