Tuesday 22 November 2016

27 korban serangan berani mati



PENDUDUK mengusung mayat seorang lelaki di sebuah hospital selepas serangan di masjid Syiah itu. - AP



Agensi
Kabul: Kira-kira 27 orang terbunuh dan puluhan lagi cedera apabila seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya di sebuah masjid Syiah yang sesak di sini, semalam.

Penyerang memasuki Masjid Baqir ul-Ulum ketika satu majlis berlangsung, menurut kenyataan Kementerian Luar.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kabul, Fraidoon
Obaidi, berkata, angka kematian mungkin meningkat.

“Saya melihat orang meraung dan berlumuran darah,” kata seorang lelaki yang terselamat kepada stesen televisyen Ariana.

Menurutnya, semua mayat dan mangsa yang cedera dibawa keluar dari masjid berkenaan sebelum pasukan penyelamat tiba di tempat kejadian.

Sehingga malam tadi, belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab.

Taliban yang berusaha kembali berkuasa selepas digulingkan pada 2001 menafikan mereka terbabit dalam serangan itu.

“Kami tidak menyerang masjid kerana itu bukan agenda kami,” kata jurucakap kumpulan itu, Zabihullah Mujahid.

Sengketa berdarah antara Sunni dan Syiah amat jarang berlaku di Afghanistan.

Bagaimanapun, serangan baru itu menggambarkan satu lagi sengketa yang mungkin tercetus dengan ketegangan etnik semakin buruk di negara itu.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 November 2016 @ 9:17 AM

No comments:

Post a Comment