Insiden berkenaan yang berjaya dirakam menunjukkan kanak-kanak tersebut yang dipercayai anggota kumpulan pengganas Daesh memakai jersi bola sepak kelab Barcelona menangis semasa ditahan oleh pihak polis.
Difahamkan kanak-kanak itu merancang untuk meletupkan dirinya di luar sebuah masjid Syiah di bandar berkenaan.
Penahanan remaja itu kurang daripada 24 jam selepas seorang kanak-kanak yang ‘direkrut’ sebagai pengebom bunuh diri, meletupkan dirinya menyebabkan 54 orang terbunuh dan mence­derakan lebih 100 yang lain dalam satu majlis perkahwinan di Gaziantep, Turki dekat sempadan Syria.
Kejadian itu turut menimbulkan kebimbangan terhadap pe­ningkatan serangan bunuh diri menggunakan kanak-kanak oleh kumpulan pengganas Daesh.
Sementara itu, pihak berkuasa Turki sedang bergelut untuk mengenal pasti identiti kanak-kanak pengebom bunuh diri yang meletupkan dirinya atas arahan kumpulan pengganas berkenaan pada majlis perkahwinan tersebut. – AGENSI