Thursday 4 August 2016

AS$400 juta dihantar ke Iran bukan wang tebusan - Obama

JUMAAT, 5 OGOS 2016 @ 10:13 AM

WASHINGTON: Presiden Barack Obama menegaskan AS$400 juta (RM1.6 bilion) yang dihantar ke Iran awal tahun ini bukan wang tebusan bagi membebaskan banduan Amerika Syarikat. "Sebahagian anda mungkin masih ingat kita umumkan pembayaran ini Januari lalu.

Ia bukan rahsia," katanya pada sidang media di Pentagon sambil menegaskan Amerika tidak membayar wang tebusan. Januari lalu, lima banduan Amerika dibebaskan sebaik Washington memberi pengampunan kepada tujuh warga Iran dan menarik balik waran tangkap untuk 14 lagi.

 Tidak lama kemudian, Amerika membantu menghantar menerusi kargo udara AS$400 juta dalam bentuk mata wang Switzerland dan euro ke Iran. Menurut Rumah Putih, ia mengembalikan wang tunai daripada tempahan tentera Iran pada 1970-an yang tidak dipenuhi kerana Revolusi Islam.

 "Kita tidak membayar wang tebusan. Kita ada ramai rakyat Amerika yang ditahan di seluruh dunia. Saya bertemu keluarga mereka. Ia amat menyedihkan," kata Obama. Pada Selasa, akhbar Wall Street Journal melaporkan sejumlah besar wang tunai dimasukkan ke dalam palet kayu dan diterbangkan ke Iran secara rahsia menggunakan pesawat kargo.

Obama berkata, kaedah itu dibuat kerana Amerika tidak mempunyai hubungan perbankan dengan Iran kerana amat tegas dalam mengekalkan sekatan. "Kita tidak boleh menghantar cek kepada mereka, dan juga tidak boleh membuat transaksi," katanya. - AFP PRESIDEN


Barack Obama. - Foto Reuters  
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/180107

No comments:

Post a Comment