Thursday 4 August 2016

Iran hukum mati 20 pengganas Sunnah

KHAMIS, 4 OGOS 2016 @ 9:19 PM

 TEHRAN: Iran hari ini melaksanakan hukuman mati ke atas 20 "pengganas" Sunnah, hukuman gantung terbesar dilaksanakan republik Islam itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Media tempatan melaporkan, lelaki terbabit yang digantung Selasa lalu dituduh melakukan rentetan serangan ke atas orang awam dan pemimpin agama di rantau barat Kurdis Iran.

Kementerian Perisikan Iran sebelum itu mengeluarkan kenyataan yang memperincikan 24 serangan bersenjata antara tahun 2009 dan 2011, termasuk pengeboman dan rompakan yang didakwa dilakukan kumpulan terbabit. Kerajaan berkata, pelampau terbabit bertanggungjawab atas 21 kematian penduduk di tiga wilayah barat ketika itu.

 "Seramai 102 anggota dan pengikut kumpulan pengganas dikenal pasti, sesetengahnya terbunuh dalam pertembungan bersenjata dengan polis dan sesetengah ditahan. "Antara mereka yang ditahan dijatuhi hukuman mati sementara yang lain menerima hukuman penjara," katanya.

Satu daripada komplot pertama membabitkan kumpulan itu ialah memberi coklat diletak racun kepada pegawai polis dan kakitangan perundangan, walaupun tiada siapa maut. - AFP


Pejuang Kurdish Iran semasa latihan ketenteraan rutin dalam Koya, di rantau Kurdish utara Iraq - Foto (AFP)

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/180015

No comments:

Post a Comment