Stesen penyiar tempatan memetik Kementerian Kehakiman sebagai berkata, hukuman itu telah dijalankan di penjara di Nasiriya, selatan Iraq.
Kira-kira 1,700 orang tentera dibunuh dua tahun lalu setelah mereka melarikan diri dari Kem Speicher, bekas pangkalan tentera milik Amerika Syarikat (AS) selepas ditakluki oleh kumpulan pengganas Daesh, hanya utara dari kampung halaman Saddam Hussein, Tikfrit. - REUTERS