Monday 22 August 2016

Iraq hukum gantung 36 militan


22 Ogos 2016 12:45 AM


BAGHDAD 21 Ogos - Iraq hari ini memaklumkan bahawa mereka telah melaksanakan hukuman gantung sampai mati kepada 36 anggota militan ekoran insiden pembunuhan beramai-ramai tentera Syiah di sebuah kem, utara Baghdad pada 2014.

Stesen penyiar tempatan memetik Kementerian Kehakiman sebagai berkata, hukuman itu telah dijalankan di penjara di Nasiriya, selatan Iraq.

Kira-kira 1,700 orang tentera dibunuh dua tahun lalu setelah mereka melarikan diri dari Kem Speicher, bekas pangkalan tentera milik Amerika Syarikat (AS) selepas ditakluki oleh kumpulan pengganas Daesh, hanya utara dari kampung halaman Saddam Hussein, Tikfrit. - REUTERS

No comments:

Post a Comment