Wednesday 10 August 2016

Kebakaran hospital, 11 bayi maut - Luar Negara - Utusan Online

Kebakaran hospital, 11 bayi maut - Luar Negara - Utusan Online:



inkubator yang rosak akibat kebakaran ditempatkan di luar wad

Inkubator yang rosak akibat kebakaran ditempatkan di luar wad bersalin Hospital Yarmouk di barat Baghdad, Iraq, semalam. AFP



BAGHDAD 10 Ogos – Satu kebakaran berpunca daripada pendawaian elektrik berlaku di sebuah hospital tempatan semalam, menyebabkan 11 orang bayi baru lahir terkorban.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Iraq, Ahmed al-Roudaini berkata, kebakaran itu berlaku di wad bersalin di Hospital Yarmouk di barat Baghdad.

Tambah Ahmed, siasatan awal mendapat kebakaran itu disebabkan oleh kegagalan elektrik namun tiada maklumat lanjut didedahkan.

Pihak berkuasa Baghdad se­ge­ra menutup hospital itu sementara dan menyekat kumpulan­ media daripada memasuki kawasan kejadian.

Sebuah agensi berita bebas di Baghdad, Mada Press melaporkan, sebanyak 29 orang pesakit wanita dan tujuh bayi dipindahkan dari wad berkenaan ke hospital lain.

Difahamkan, kebakaran berpunca daripada kegagalan elektrik adalah perkara biasa di Baghdad dan di tempat lain di­ seluruh negara kerana penyelenggaraan yang kurang bermutu.

Kekurangan laluan tangga keluar juga menyumbang kepada bahaya apabila kebakaran berlaku ekoran kegagalan syarikat pembinaan menyediakan bahan binaan mengikut piawaian yang ditetapkan. – AGENSI

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kebakaran-hospital-11-bayi-maut-1.368928#sthash.wH3sWn9P.dpuf

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment