Thursday 11 August 2016

11 bayi hangus hospital terbakar


REUTERS - BEBERAPA anggota polis berdiri di hadapan sebuah wad bersalin ekoran kebakaran berlaku di hospital Yarmouk, Baghdad, Iraq semalam.


BAGHDAD – Sekurang-kurangnya 11 bayi baru lahir terkorban dalam kebakaran di wad bersalin sebuah hospital utama di Iraq semalam, kata sumber perubatan dan keselamatan.
Jurucakap kementerian kesihatan, Ahmed Al-Rudeini memberitahu agensi berita AFP bahawa kebakaran di Hospital Yarmuk, barat Baghdad itu berlaku sejurus selepas tengah malam dan dipercayai berpunca daripada kerosakan litar elektrik sejurus selepas tengah malam.
“Seramai 29 pesakit wanita di dalam wad sama telah dipindahkan ke beberapa hospital lain di Baghdad,” katanya.
Tambah Ahmed dalam satu kenyataan bahawa tujuh bayi berjaya diselamatkan dan dibawa ke wad-wad bersalin lain di Bahgdad.
Perkhidmatan keselamatan menutup kawasan itu ketika pasukan forensik memeriksa wad berkenaan semalam, manakala saudara-mara mangsa berkumpul di luar hospital untuk menunggu maklumat lanjut daripada pihak berkuasa
Seorang pegawai di Kementerian Dalam Negeri Iraq mengesahkan angka kematian tersebut dan menambah, tiga bayi lain masih dirawat kerana terhidu asap. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0811&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz4H1sXf4Hg 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment