Saturday 27 August 2016

Menteri Pertahanan Iraq digugurkan



BAGHDAD 26 Ogos - Majoriti Ahli Parlimen Iraq semalam mengundi untuk menggugurkan Menteri Pertahanan Iraq, Khaled al-Obeidi daripada jawatannya.
Keputusan itu dibuat setelah mereka mempersoalkan penglibatan Obeidi awal bulan ini berkenaan dakwaan rasuah yang dinafikan olehnya sendiri.
Pemecatan beliau itu adalah perkembangan terbaharu dalam persengketaan yang tercetus pada awal bulan ini antara Obeidi dan Speaker Parlimen, Salim al-Juburi, seorang ahli politik tertinggi di negara ini.
Selain itu, Obedi juga merupakan sekutu Sunni kepada Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi. - REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/menteri-pertahanan-iraq-digugurkan-1.374868#sthash.wCCASL0I.dpuf

Pemimpin Sunni dibunuh di Iran - Luar Negara - Utusan Online

Pemimpin Sunni dibunuh di Iran - Luar Negara - Utusan Online:





BEIRUT 26 Ogos - Pemimpin kumpulan militan Sunni di tenggara Iran yang bertanggungjawab terhadap serangan ke atas pasukan keselamatan dan orang awam telah dibunuh.
Menteri Perisikan Iran, Mahmoud Alavi berkata, pemimpin berkenaan yang dikenali Abu Hafs al Baloushi atau Hesham Azizi adalah ketua organisasi militan Ansar al-Furqan.
Namun tiada sebarang laporan lengkap diperoleh mengenai kematian Hesham Azizi. - REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pemimpin-sunni-dibunuh-di-iran-1.374874#sthash.aLKb6H5K.dpuf

'via Blog this'

Iran, Korea Selatan jalankan perdagangan guna euro - Luar Negara - Utusan Online

Iran, Korea Selatan jalankan perdagangan guna euro - Luar Negara - Utusan Online:

TEHERAN, 27 Ogos - Iran dan Korea Selatan akan memulakan urusan perdagangan menggunakan mata wang euro, tindakan yang diambil bagi mengatasi sekatan Amerika Syarikat (AS) ke atas urusniaga menggunakan mata wang dolar AS dengan Teheran.
Selepas mengadakan rundingan selama beberapa bulan dengan Washington, atas permintaan Iran, Seoul akan ‘dengan kelulusan AS ... menukarkan mata wang won Korea Selatan kepada euro tanpa menggunakan mata wang dolar AS”, kata Timbalan Menteri Luar Iran, Hamid Baedinejad dalam Instagramnya.
Sekiranya negara-negara lain dengan ‘mata wang tempatan dan terhad’ turut berdagang dalam mata wang euro, ia ‘akan memudahkan urusniaga antara pedagang-pedagang Iran dengan peniaga-peniaga dan negara-negara lain”, tambahnya.
Teheran menandatangani perjanjian dengan kuasa-kuasa besar pada Julai tahun lalu dan berkuatkuasa Januari lalu, dan menyaksikan banyak sekatan antarabangsa ke atas Iran telah ditarik balik sebagai pertukaran Teheran menghentikan program nuklearnya.
Tetapi sekatan bukan nuklear masih berkuatkuasa, menghalang bank-bank Iran dan peniaga-peniaga menjalankan urusniaga kewangan global dalam mata wang dolar AS.
Perdagangan antara Iran dan Korea Selatan dalam euro akan bermula pada 29 Ogos ini, kata Baedinejad memetik Menteri Kewangan Korea Selatan, Yoo Il-Ho sebagai berkata.
KEB Hana Bank, Shinhan Bank dan Woori Bank, pada Mei lalu menjadi kumpulan pertama bank Korea Selatan membuka pejabat di Iran, dan akan memberi sokongan kepada urusniaga tersebut, tambahnya.
Teheran dan Seoul, yang membeli minyak Iran, pada Mei lalu bersetuju meningkat perdagangan sebanyak tiga kali ganda setahun kepada AS$18 bilion (RM72 bilion) ketika Presiden Korea Selatan, Park Geun-Hye melawat Iran. - AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/iran-korea-selatan-jalankan-perdagangan-guna-euro-1.375302#sthash.koiL1VNB.dpuf

'via Blog this'

Friday 26 August 2016

Tentera Iraq berjaya tawan bandar Qayyarah

Militan

QAYYARAH, Iraq, 26 Ogos - Tentera Iraq yang dibantu dengan serangan udara oleh tentera pakatan berjaya mengusir kumpulan militan Daesh dari bandar Qayyarah, sebuah bandar di utara Iraq, semalam yang merupakan sebuah bandar strategik.
“Kami (tentera kerajaan) berjaya menguasai seluruh kawasan di bandar itu dalam tempoh yang singkat, dan mengusir kumpulan militan Daesh dari situ,” kata Lieutenan Jeneral Riyadh Jalal Tawfik, yang mengetuai tentera darat kepada AFP di Qayyarah.
Komander itu berkata, unit kejuruteraan tentera sedang membersihkan bandar itu, yang terletak kira-kira 60 kilometer ke selatan Mosul, daripada periuk api dan jerangkap samar.
Perdana Menteri, Haider al-Abadi dalam kenyataannya memuji kejayaan tentera Iraq itu sambil menyifatkannya sebagai kunci utama untuk menguasai sepenuhnya Mosul, bandar yang dijadikan ibu negara oleh kumpulan militan Daesh dan bandar kedua terbesar di Iraq.
“Tentera kita (Iraq) mencapai kejayaan besar, langkah penting bagi membebaskan Mosul (daripada penguasaan militan Daesh),” kata Abadi.
Operasi menawan Qayyarah dimulakan Selasa lalu diketuai pasukan elit tentera perkhidmatan anti-kegasanan Iraq.
Tentera Iraq sebelum ini, telahpun berjaya menawan pangkalan udara berdekatan, dan bandar Qayyarah akan digunakan sebagai salah satu pusat untuk melancarkan operasi menggempur Mosul dalam beberapa minggu akan datang. - AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/tentera-iraq-berjaya-tawan-bandar-qayyarah-1.374864#sthash.bJpvxPNR.dpuf

Wednesday 24 August 2016

Milisi Syiah Siksa Warga Sipil Sunni di Fallujah



 Wednesday, August 24, 2016




FALLUJA - Milisi Syiah di Irak telah menahan, menyiksa dan melecehkan warga sipil Sunni yang jumlahnya jauh lebih banyak dari yang diperkirakan Amerika Serikat ketika kota Falluja direbut kembali dari tangan ISIS Juni lalu, kutip dokumen yang didapatkan Reuters.

Sekitar 700 pria dan bocah laki-laki Sunni hilang dalam dua bulan terakhir setelah benteng militan ISIS itu jatuh.

Penyiksaan itu terjadi kendati AS telah membatasi peran milisi Syiah dalam operasi ke Falluja, termasuk dengan mengancam menarik dukungan serangan udara dalam operasi militer Irak.

Ternyata ancaman itu tidak efektif karena milisi Syiah tidak menarik diri dari Falluja dengan malah berpartisipasi dalam penjarahan di sana dan kini mengabaikan upaya AS dalam membatasi peran mereka dalam operasi-operasi berikutnya ke sarang-sarang ISIS di Irak.

Berdasarkan hasil wawancara dengan 20 penyintas, pemimpin suku, politisi Irak dan diplomat Barat, milisi Syiah membunuh paling sedikit 66 pria Sunni dan melecehkan paling sedikit 1.500 orang yang kabur dari Falluja.

Orang-orang Sunni Irak ini ditembak, dipukuli dengan pipa karet dan beberapa di antara mereka dipenggal. Pengakuan para penyintas, pemimpin suku, politisi Irak dan diplomat Barat itu sesuai dengan sebuah investigasi pihak berwenang setempat Irak dan testimoni video dan foto para penyintas yang diambil setelah mereka dibebaskan.

Perang melawan ISIS dalam babak terakhir dari konflik antara mayoritas Syiah melawan minoritas Sunni di Irak yang merebak setelah invasi pimpinan AS pada 2003.

Perang yang dilancarkan AS itu mengakhiri dominasi beberapa dekade Sunni di bawah kepemimpinan Saddam Hussein dan mengantarkan terbentuknya pemerintahan yang didominasi partai-partai islamis Syiah yang dipatronase oleh Iran.

Ketidakmampuan Washington mencegah kekerasan sektarian kini menjadi keprihatinan besar para pejabat pemerintahan Presiden Barack Obama di tengah upaya mereka merebut kembali kota Irak yang jauh lebih besar, Mosul, yang telah menjadi ibu kota ISIS di Irak, demikian Reuters.

Sumber: reuters

Monday 22 August 2016

Polis patah cubaan kanak-kanak bom diri

ANGGOTA polis Iraq menarik tali pinggang yang mengandungi bom

ANGGOTA polis Iraq menarik tali pinggang yang mengandungi bom yang dipakai oleh seorang kanak-kanak di Kirkuk, Baghdad, baru-baru ini. AGENSI
BAGHDAD 22 Ogos – Polis Iraq mematahkan cubaan serangan pengebom bunuh diri membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan 12 tahun yang memakai tali pinggang berisi bahan letupan di bandar Kirkuk, utara Baghdad.
Insiden berkenaan yang berjaya dirakam menunjukkan kanak-kanak tersebut yang dipercayai anggota kumpulan pengganas Daesh memakai jersi bola sepak kelab Barcelona menangis semasa ditahan oleh pihak polis.
Difahamkan kanak-kanak itu merancang untuk meletupkan dirinya di luar sebuah masjid Syiah di bandar berkenaan.
Penahanan remaja itu kurang daripada 24 jam selepas seorang kanak-kanak yang ‘direkrut’ sebagai pengebom bunuh diri, meletupkan dirinya menyebabkan 54 orang terbunuh dan mence­derakan lebih 100 yang lain dalam satu majlis perkahwinan di Gaziantep, Turki dekat sempadan Syria.
Kejadian itu turut menimbulkan kebimbangan terhadap pe­ningkatan serangan bunuh diri menggunakan kanak-kanak oleh kumpulan pengganas Daesh.
Sementara itu, pihak berkuasa Turki sedang bergelut untuk mengenal pasti identiti kanak-kanak pengebom bunuh diri yang meletupkan dirinya atas arahan kumpulan pengganas berkenaan pada majlis perkahwinan tersebut. – AGENSI
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/polis-patah-cubaan-kanak-kanak-bom-diri-1.373563#sthash.bKO57xUG.dpuf

Rusia tidak dibenar guna pangkalan udara Iran

GAMBAR fail yang disiarkan oleh AlMasdarNews ini menunjukkan sebuah

GAMBAR fail yang disiarkan oleh AlMasdarNews ini menunjukkan sebuah pesawat Rusia berada di kawasan pangkalan udara Hamedan di Iran.-AGENSI
TEHERAN, 22 - Iran tidak lagi membenarkan pesawat perang Rusia menggunakan pangkalan udaranya untuk melancarkan serangan ke atas kumpulan militan Daesh, selepas kesal dengan tindakan berlagak Moscow ketika melakukan pengeboman.
“Ia merupakan misi yang khusus, dan mendapat kebenaran tetapi ia sudah berakhir sekarang. Mereka (Rusia) melancarkan serangan (dari pangkalan Iran) dan mereka kini sudah beredar,” kata jurucakap Kementerian Luar Iran, Bahram Ghasemi kepada pemberita di Teheran.
Beliau menyerahkan tentang kemungkinan Rusia menggunakan semula pangkalan tentera Iran untuk melancarkan serangan ke atas militan Daesh pada masa depan bergantung kepada “situasi di rantau ini, dan kepada kebenaran daripada kami (Iran)”.
Duta Rusia ke Teheran, Levan Dzhagaryan hari ini berkata, semua pesawat Rusia telah meninggalkan pangkalan tentera udara Ira di Hamedan tetapi tidak ada sebarang halangan untuk mereka menggunakan semula pangkalan itu pada masa depan.
“Tiada apa-apa hendak dibimbangkan. Jika pemimpin kedua-dua negara menganggapnya perlu dan mencapai perjanjian, tiada apa-apa yang harus dibimbangkan.
“Buat masa ini, tidak ada pesawat perang (Rusia) berada di pangkalan udara Hamedan,” katanya kepada agensi berita Rusia, Interfax.
Kenyataan Ghasemi itu dibuat beberapa jam selepas Menteri Pertahanan Iran, Hossein Dehghan mengecam tindakan Rusia kerana mendedahkan bahawa pesawat-pesawat perangnya menggunakan pangkalan udara Hamedan untuk melancarkan serangan ke atas penentang di Syria.
“Adalah sesuatu yang biasa, apabila Rusia mahu menunjuk-nunjuk bahawa mereka adalah kuasa besar dan negara berpengaruh, dan mereka aktif dalam isu keselamatan di rantau ini dan di dunia,” kata Dehghan kepada stesen televisyen Iran, Channel 2.
“Pendedahan (Rusia) itu seolah-olah mahu menunjuk-nunjuk dan mempunyai sikap yang tidak mempedulikan,” katanya.
Iran sangat sensitif dengan pandangan bahawa negara ini membenarkan tentera asing berpangkalan di wilayahnya, yang merupakan sesuatu yang melanggar perlembagaan negara ini, sebaliknya menegaskan bahawa pesawat-pesawat perang Rusia itu hanya mengisi minyak di Iran.
“Pesawat perang (Rusia) perlu mengisi minyak di kawasan yang berdekatan dengan operasi mereka. Oleh kerana itu kami membenarkan mereka menggunakan pangkalan udara Nojeh (di Hamedan), dan kami bukan membenarkan mereka berpangkalan di situ,” kata Dehghan. - AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/rusia-tidak-dibenar-guna-pangkalan-udara-iran-1.373623#sthash.m7piUPrw.dpuf

Iraq hukum gantung 36 militan


22 Ogos 2016 12:45 AM


BAGHDAD 21 Ogos - Iraq hari ini memaklumkan bahawa mereka telah melaksanakan hukuman gantung sampai mati kepada 36 anggota militan ekoran insiden pembunuhan beramai-ramai tentera Syiah di sebuah kem, utara Baghdad pada 2014.

Stesen penyiar tempatan memetik Kementerian Kehakiman sebagai berkata, hukuman itu telah dijalankan di penjara di Nasiriya, selatan Iraq.

Kira-kira 1,700 orang tentera dibunuh dua tahun lalu setelah mereka melarikan diri dari Kem Speicher, bekas pangkalan tentera milik Amerika Syarikat (AS) selepas ditakluki oleh kumpulan pengganas Daesh, hanya utara dari kampung halaman Saddam Hussein, Tikfrit. - REUTERS

syiah musuh islam



Seperti yang telah kita ketahui, kini Bumi Syam tengah didera derita akibat konflik berkepanjangan. Tak hanya menghancurkan bangunan dan cita-cita, konflik pun hampir memutus urat nadi setiap jiwa akibat sulitnya akses pangan karena diblokir, harga yang mahal, dan sumber daya yang kian menipis karena habis dilumat bom barrel dan rudal-rudal pemusnah.

Sunday 21 August 2016

Iraq hukum gantung 36 militan


BAGHDAD 21 Ogos - Iraq hari ini memaklumkan bahawa mereka telah melaksanakan hukuman gantung sampai mati kepada 36 anggota militan ekoran insiden pembunuhan beramai-ramai tentera Syiah di sebuah kem, utara Baghdad pada 2014.
Stesen penyiar tempatan memetik Kementerian Kehakiman sebagai berkata, hukuman itu telah dijalankan di penjara di Nasiriya, selatan Iraq.
Kira-kira 1,700 orang tentera dibunuh dua tahun lalu setelah mereka melarikan diri dari Kem Speicher, bekas pangkalan tentera milik Amerika Syarikat (AS) selepas ditakluki oleh kumpulan pengganas Daesh, hanya utara dari kampung halaman Saddam Hussein, Tikfrit. - REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/iraq-hukum-gantung-36-militan-1.373306#sthash.TKeGgNo1.dpuf

Thursday 18 August 2016

Kejahatan Syi'ah mereka memperkosa wanita-wanita muslimat?!!!



Kejahatan Syi'ah mereka memperkosa wanita-wanita muslimat?!!!
Di Gambar di bawah Syiah Memperkosa gadis dari Ahlus Sunnah?!!!
Kekejaman Kaum Syi'ah Terhadap Ahlus Sunnah di semua tempat dan di suriah dan irak khsus.. Pasukan tersebut Syiah memasuki kota Ahlus Sunnah kemudian mereka memperkosa wanita-wanitanya?!
Gambar dari video yang menunjukkan wanita gadis (perawan) dari Ahlu Sunnah di Suriah?! Seorang pria syiah memecahkan (keperawanannya) Video ini adalah rekaman rahasia dari milisia syiah di Suriah menunjukkan sejumlah pria Syiah?!

Russia lancarkan serangan udara kedua dari Iran




JET pengebom Tu-22M3 Russia yang ditempatkan di pangkalan udara di Hameran, Iran, untuk digunakan dalam serangan ke atas Daish di Syria. - AP

Moscow: Tentera Russia semalam melancarkan serangan udara dari Iran buat kali kedua terhadap kedudukan militan Daish di Syria dan menafikan tindakan itu mencabuli resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Bermula kelmarin, tentera Russia menggunakan sebuah pangkalan tentera Iran untuk melancarkan serangan udara di Syria sekali gus mencetuskan kebimbangan Amerika Syarikat (AS).

Beberapa jet pejuang Sukhoi-34 milik Russia berlepas dari pangkalan Hamedan di barat Iran dan melancarkan serangan udara berkumpulan terhadap sasaran Daish di wilayah Deir Ezzor.

Russia sebelum ini hanya melancarkan serangan dari pangkalan tenteranya di Syria dan Russia sendiri.

Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov semalam menegaskan tindakan Moscow menggunakan pangkalan tentera Iran tidak melanggar resolusi Majlis Keselamatan yang memerlukan kebenaran awal sebelum bekalan, penjualan atau pemindahan pesawat perang ke Iran.

Dia mengulas kenyataan jurucakap Jabatan Negara AS, Mark Toner semalam yang berkata, tindakan Russia menggunakan pangkalan di Iran sesuatu yang malang dan mungkin melanggar resolusi berkenaan.

Iran dan Russia adalah dua penyokong kuat rejim Presiden Bashar al-Assad yang berdepan pemberontakan dengan Teheran menghulurkan bantuan di darat, termasuk anggota tentera, sementara Moscow memberi bantuan serangan udara. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Ogos 2016 @ 10:24 AM

Thursday 11 August 2016

11 bayi hangus hospital terbakar


REUTERS - BEBERAPA anggota polis berdiri di hadapan sebuah wad bersalin ekoran kebakaran berlaku di hospital Yarmouk, Baghdad, Iraq semalam.


BAGHDAD – Sekurang-kurangnya 11 bayi baru lahir terkorban dalam kebakaran di wad bersalin sebuah hospital utama di Iraq semalam, kata sumber perubatan dan keselamatan.
Jurucakap kementerian kesihatan, Ahmed Al-Rudeini memberitahu agensi berita AFP bahawa kebakaran di Hospital Yarmuk, barat Baghdad itu berlaku sejurus selepas tengah malam dan dipercayai berpunca daripada kerosakan litar elektrik sejurus selepas tengah malam.
“Seramai 29 pesakit wanita di dalam wad sama telah dipindahkan ke beberapa hospital lain di Baghdad,” katanya.
Tambah Ahmed dalam satu kenyataan bahawa tujuh bayi berjaya diselamatkan dan dibawa ke wad-wad bersalin lain di Bahgdad.
Perkhidmatan keselamatan menutup kawasan itu ketika pasukan forensik memeriksa wad berkenaan semalam, manakala saudara-mara mangsa berkumpul di luar hospital untuk menunggu maklumat lanjut daripada pihak berkuasa
Seorang pegawai di Kementerian Dalam Negeri Iraq mengesahkan angka kematian tersebut dan menambah, tiga bayi lain masih dirawat kerana terhidu asap. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0811&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz4H1sXf4Hg 
Hakcipta terpelihara 

Wednesday 10 August 2016

Kebakaran hospital, 11 bayi maut - Luar Negara - Utusan Online

Kebakaran hospital, 11 bayi maut - Luar Negara - Utusan Online:



inkubator yang rosak akibat kebakaran ditempatkan di luar wad

Inkubator yang rosak akibat kebakaran ditempatkan di luar wad bersalin Hospital Yarmouk di barat Baghdad, Iraq, semalam. AFP



BAGHDAD 10 Ogos – Satu kebakaran berpunca daripada pendawaian elektrik berlaku di sebuah hospital tempatan semalam, menyebabkan 11 orang bayi baru lahir terkorban.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Iraq, Ahmed al-Roudaini berkata, kebakaran itu berlaku di wad bersalin di Hospital Yarmouk di barat Baghdad.

Tambah Ahmed, siasatan awal mendapat kebakaran itu disebabkan oleh kegagalan elektrik namun tiada maklumat lanjut didedahkan.

Pihak berkuasa Baghdad se­ge­ra menutup hospital itu sementara dan menyekat kumpulan­ media daripada memasuki kawasan kejadian.

Sebuah agensi berita bebas di Baghdad, Mada Press melaporkan, sebanyak 29 orang pesakit wanita dan tujuh bayi dipindahkan dari wad berkenaan ke hospital lain.

Difahamkan, kebakaran berpunca daripada kegagalan elektrik adalah perkara biasa di Baghdad dan di tempat lain di­ seluruh negara kerana penyelenggaraan yang kurang bermutu.

Kekurangan laluan tangga keluar juga menyumbang kepada bahaya apabila kebakaran berlaku ekoran kegagalan syarikat pembinaan menyediakan bahan binaan mengikut piawaian yang ditetapkan. – AGENSI

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kebakaran-hospital-11-bayi-maut-1.368928#sthash.wH3sWn9P.dpuf

'via Blog this'

Monday 8 August 2016

Serah maklumat sulit kepada AS, saintis nuklear Iran dihukum mati


SAINTIS nuklear Iran, Shahram Amiri dijatuhi hukuman gantung sampai

SAINTIS nuklear Iran, Shahram Amiri dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana didakwa membocorkan rahsia negara itu kepada Amerika Syarikat (AS).-AGENSI
TEHRAN 7 Ogos - Pihak berkuasa Iran telah menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang saintis nuklear negara itu yang didakwa menyerahkan maklumat ‘sulit dan penting’ kepada Amerika Syarikat (AS), kata jurucakap pendakwa raya hari ini.
“Shahram Amiri dijatuhi hukuman itu kerana membocorkan rahsia tertinggi kerajaan kepada musuh,” kata Gholamhossein Mohseni Ejeie seperti yang dipetik daripada agensi berita Mizan Online.
Amiri sebelum ini dilaporkan pernah menghilangkan diri ketika berada di Arab Saudi pada Jun 2009 sebelum muncul semula di AS kira-kira setahun kemudian.
Kepulangan Amiri ke Iran bagaimanapun disambut baik oleh pihak berkuasa negara itu sebelum mereka menyedari beberapa maklumat rahsia negara itu telah dibocorkan sepanjang tempoh berkenaan. - AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/serah-maklumat-sulit-kepada-as-saintis-nuklear-iran-dihukum-mati-1.367526#sthash.nxzPSWun.dpuf

Thursday 4 August 2016

Iran hukum mati 20 pengganas Sunnah

KHAMIS, 4 OGOS 2016 @ 9:19 PM

 TEHRAN: Iran hari ini melaksanakan hukuman mati ke atas 20 "pengganas" Sunnah, hukuman gantung terbesar dilaksanakan republik Islam itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Media tempatan melaporkan, lelaki terbabit yang digantung Selasa lalu dituduh melakukan rentetan serangan ke atas orang awam dan pemimpin agama di rantau barat Kurdis Iran.

Kementerian Perisikan Iran sebelum itu mengeluarkan kenyataan yang memperincikan 24 serangan bersenjata antara tahun 2009 dan 2011, termasuk pengeboman dan rompakan yang didakwa dilakukan kumpulan terbabit. Kerajaan berkata, pelampau terbabit bertanggungjawab atas 21 kematian penduduk di tiga wilayah barat ketika itu.

 "Seramai 102 anggota dan pengikut kumpulan pengganas dikenal pasti, sesetengahnya terbunuh dalam pertembungan bersenjata dengan polis dan sesetengah ditahan. "Antara mereka yang ditahan dijatuhi hukuman mati sementara yang lain menerima hukuman penjara," katanya.

Satu daripada komplot pertama membabitkan kumpulan itu ialah memberi coklat diletak racun kepada pegawai polis dan kakitangan perundangan, walaupun tiada siapa maut. - AFP


Pejuang Kurdish Iran semasa latihan ketenteraan rutin dalam Koya, di rantau Kurdish utara Iraq - Foto (AFP)

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/180015

AS$400 juta dihantar ke Iran bukan wang tebusan - Obama

JUMAAT, 5 OGOS 2016 @ 10:13 AM

WASHINGTON: Presiden Barack Obama menegaskan AS$400 juta (RM1.6 bilion) yang dihantar ke Iran awal tahun ini bukan wang tebusan bagi membebaskan banduan Amerika Syarikat. "Sebahagian anda mungkin masih ingat kita umumkan pembayaran ini Januari lalu.

Ia bukan rahsia," katanya pada sidang media di Pentagon sambil menegaskan Amerika tidak membayar wang tebusan. Januari lalu, lima banduan Amerika dibebaskan sebaik Washington memberi pengampunan kepada tujuh warga Iran dan menarik balik waran tangkap untuk 14 lagi.

 Tidak lama kemudian, Amerika membantu menghantar menerusi kargo udara AS$400 juta dalam bentuk mata wang Switzerland dan euro ke Iran. Menurut Rumah Putih, ia mengembalikan wang tunai daripada tempahan tentera Iran pada 1970-an yang tidak dipenuhi kerana Revolusi Islam.

 "Kita tidak membayar wang tebusan. Kita ada ramai rakyat Amerika yang ditahan di seluruh dunia. Saya bertemu keluarga mereka. Ia amat menyedihkan," kata Obama. Pada Selasa, akhbar Wall Street Journal melaporkan sejumlah besar wang tunai dimasukkan ke dalam palet kayu dan diterbangkan ke Iran secara rahsia menggunakan pesawat kargo.

Obama berkata, kaedah itu dibuat kerana Amerika tidak mempunyai hubungan perbankan dengan Iran kerana amat tegas dalam mengekalkan sekatan. "Kita tidak boleh menghantar cek kepada mereka, dan juga tidak boleh membuat transaksi," katanya. - AFP PRESIDEN


Barack Obama. - Foto Reuters  
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/180107